SELAMAT HARI BAPA...
*JADILAH AYAH YANG SOLEH KERANA KELUARGAMU PASTI DIJAGA ALLAH KERANA SOLEHNYA SI AYAH*...Lihat bagaimana Allah hantar Khidir dan Musa AS menyelamatkan harta terpendam di bawah rumah dia anak yatim KERANA SOLEHNYA GEMULAH SI AYAH...
وَأَمَّا ٱلۡجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَٰمَيۡنِ يَتِيمَيۡنِ فِي ٱلۡمَدِينَةِ وَكَانَ تَحۡتَهُۥ كَنزٞ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَٰلِحٗا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبۡلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسۡتَخۡرِجَا كَنزَهُمَا رَحۡمَةٗ مِّن رَّبِّكَۚ وَمَا فَعَلۡتُهُۥ عَنۡ أَمۡرِيۚ ذَٰلِكَ تَأۡوِيلُ مَا لَمۡ تَسۡطِع عَّلَيۡهِ صَبۡرٗا
Ertinya: (Khidir memberi penjelasan tindakannya kepada Musa dengan berkata) Adapun dinding (rumah) itu pula, dimiliki dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; *DAN BAPA MEREKA PULA DAHULUNYA ADALAH ORANG SOLEH.* Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya" (al-Kahf 18:82).
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim
20 Jun 2020.
No comments:
Post a Comment