Tuesday, June 16, 2020

DURIAN DAN BREK!!!

 DURIAN DAN BREK!!!


Saya membesar di Kg Mentuan, Kubang Kerian, Kelantan dalam pagar pokok durian. Bila tiba musim durian, kami berebut bangun awal untuk mengutip durian.....Manis kenangan itu. Selepas berhijrah ke Selangor saya jarang sentuh durian. Jarak antara saya dan durian semakin jauh selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada tahun 2010.  Banyak sangat pantangnya....tak boleh manis dan sebagainya. Doktor masih benarkan makan durian DALAM KADAR SEDIKIT DAN SEDERHANA..cukup untuk mengecap katanya. Kata doktor itu seiring dengan firman Allah ini:


۞يَٰبَنِيٓ ءَادَمَ خُذُواْ زِينَتَكُمۡ عِندَ كُلِّ مَسۡجِدٖ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ وَلَا تُسۡرِفُوٓاْۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡرِفِينَ


Ertinya: Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias setiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), "DAN MAKAN SERTA MINUMLAH, DAN JANGAN PULA KAMU MELAMPAU"; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas (al-A'raf 7:31).


Pun begitu, saya ambil langkah MENGELAK DARIPADA MENYENTUH DURIAN kerana kenal diri yang TAK MAMPU BREK APABILA menyentuh durian... Ayuh kita praktik ayat di atas ketika bertemu NIKMAT ALLAH YANG BERNAMA DURIAN... 


Kalau diizin Allah, kita makan betul2 durian syurga kelak. Dalam syurga ada durian? Apa jenisnya? Musang King? D 24? ..


وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُۖ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡهَا مِن ثَمَرَةٖ رِّزۡقٗا قَالُواْ هَٰذَا ٱلَّذِي رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَٰبِهٗاۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٰجٞ مُّطَهَّرَةٞۖ وَهُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ


Dan berilah khabar gembira kepada orang  beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; setiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya (al-Baqarah 2:25).


Abdullah Bukhari 

15 Jun 2020

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...