Tuesday, January 28, 2020

WAHAI LIDAH DAN TANGAN (DALAM MEDIA SOSIAL) CARI UNTUNG BUKAN RENTUNG

WAHAI LIDAH DAN TANGAN (DALAM MEDIA SOSIAL) CARI UNTUNG BUKAN RENTUNG

Sebuah riwayat menyebut, Abdullah bin Abbas RA berkata:

 يَا لِسَانُ قُلْ خَيْرًا تَغْنَمْ أَوِ اسْكُتْ عَنْ شَرٍّ تَسْلَمْ قَبْلَ أَنْ تَنْدَمَ

Wahai lidah! Berkata yang baik (sahaja), pasti kamu akan untung!

Atau diam daripada (berkata/menulis) yang buruk, pasti kamu akan selamat sebelum kamu MENYESAL (Mu'jam al-Awsat Tabrani & Musnad Abu Ya'la al-Musili).

Ini adalah nasihat yang sangat baik agar kita tidak menyesal kemudian hari, kerana satu nama kiamat adalah HARI SESALAN...

وَأَنْذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang "HARI PENYESALAN" iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman (Maryam 19:39).

Jangan kita menyesal di sana kelak kerana banyak pahala hilang dan dosa dikutip kerana salah TANGAN BERBICARA dalam media sosial. TEGURLAH! TEGUR DENGAN BAIK kerana Islam adalah adalah nasihat. Pastinya nasihat yang baik tanpa menyindir lebih mudah diterima jiwa berbanding teguran pedas berperisa ejek.

- Abdullah Bukhari @ 28 Januari 2019 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...