Thursday, January 16, 2020

*KEAJAIBAN TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH*

Kisah benar ... sudah setahun kisah ini.. ahli  group alami sendiri *KEAJAIBAN TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH*


TAWASSUL ITU SUNNAH YANG AJAIB

“Menitis air mata saya Ustaz! Tak sangka doa saya dimakbulkan Allah dengan unik. Sungguh! Ia adalah hadiah terbaik dari Allah yang saya perolehi hari itu.”

Ketika menceritakan kisahnya itu, mata Hafiz berkaca kemerahan terharu mengenangkan betapa baiknya Allah kepada hamba-Nya.

Kali ini saya nak berkongsi kisah keajaiban doa secara Tawassul. Tawassul adalah teknik doa menggunakan sesuatu perantara untuk “melajukan penerimaannya di sisi Allah.” Ia disaran Allah dalam al-Quran:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya:  Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah DAN CARILAH JALAN YANG BOLEH MENYAMPAIKAN (KAMU) KEPADA-NYA (IAITU DENGAN MEMATUHI PERINTAH-NYA DAN MENINGGALKAN LARANGAN-NYA); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan (al-Ma’idah 5:35).

Antara doa Tawassul terbaik adalah menggunakan nama Allah yang Maha Indah:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Ertinya: Dan Allah punyai nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan (al-A’raf 7:180).

Selain Tawassul dengan nama Allah, doa Tawassul yang bagus dipraktikkan adalah Tawassul menggunakan amal soleh, seperti:

“Ya Allah! Dengan berkat amalanku ini, maka berikan kesejahteraan untuk diriku dan keluargaku.”

Kisahnya, September lepas (2018) saya dan beberapa teman lain ke Jepun untuk sebuah misi dakwah. Semasa berada di sana, kami sepakat mahu menubuhkan platform rasmi untuk mengutip dana dakwah Jepun. Setelah pulang, pada 27 Disember 2018 yang lalu kami bertemu di UTC Pudu Raya untuk pendaftaran syarikat. Proses pendaftaran pada hari itu berjalan lancar dan Hafiz secara sukarela mengambil dan menghantar saya ke UIAM. Jarak perjalanan daripada rumah, tempat kerja, UIAM dan UTC Pudu Raya agak jauh, tapi beliau suka melakukannya demi kerja dakwah yang sudah kami terokai bersama. Setelah pulang, Hafiz berdoa agar segala AMAL SOLEHNYA MENEMPUH PERJALANAN HARI ITU UNTUK KERJA DAKWAH JEPUN MEMBERI MANAFAAT UNTUK  DIRI DAN KELUARGANYA.

Petangnya, beliau menerima e-mail daripada sebuah Bank Islam yang beliau langgani. E-mail itu menyatakan “BELIAU BERJAYA MEMENANGI HADIAH UMRAH” kerana satu skim yang beliau langgani. Subhanallah! Itu satu kejutan luar biasa!

Apabila Hafiz menceritakan kisah ini, minda saya terus akui betapa “DOA TAWASSUL DENGAN AMAL SOLEH SANGAT AJAIB!” Paginya berdoa, petangnya Allah kabulkan. Ayuh kita banyakkan doa kepada Allah dengan berbagai teknik yang disaran agama!

- Abdullah Bukhari @ 16 Januari 2019 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...