Tuesday, November 6, 2018

DIMENSI DOSA LIDAH DAN PERLU DIROMBAK SEMULA!

DIMENSI DOSA LIDAH DAN  PERLU DIROMBAK SEMULA!

Setelah lama memerhati “PUNCA TANGAN BERBICARA” dalam ayat ini, baru saya faham apa sebenarnya maksud firman Allah ini:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Ertinya: Pada waktu itu Kami kunci mulut mereka (sejurus); DAN (MEMBERI PELUANG KEPADA) TANGAN MEREKA MEMBERITAHU KAMI (KESALAHAN MEREKA), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan (Yasin  36:65).

Walaupun ayat ini diturunkan hampir 1500 tahun dahulu, Allah SEAKAN memberi kiasan betapa suatu hari nanti “TANGAN MANUSIA MODEN” berbicara lebih banyak berbanding lidah mereka. Bicara tangan banyak menjadi sebab derita mereka di dunia apabila status mereka dikunci dengan senjata “print screen” lalu menjadi bahan bukti kesalahannya. Derita akhirat pula berpunca daripada penyebaran dosa fitnah, sebar tanpa semak, umpat dan keji maya oleh tangan mereka. Subhanallah! Benar sekali firman Allah ini:

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ (51)

Ertinya: (Azab seksa dunia dan akhirat) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya (al-Anfal 8:51).

Selepas ini sebelum menulis sesuatu dalam media social, bayangkan wujudnya malaikat di kiri kanan yang sentiasa membawa “camera digital” berkuasa tinggi untuk merekodkan segala perbuatan anda:

إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ (17) مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18)

Ertinya: Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; YANG SATU DUDUK DI SEBELAH KANANNYA, DAN YANG SATU LAGI DI SEBELAH KIRINYA. TIDAK ADA SEBARANG PERKATAAN YANG DILAFAZKANNYA (ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKANNYA) MELAINKAN ADA DI SISINYA MALAIKAT PENGAWAS YANG SENTIASA SEDIA (MENERIMA DAN MENULISNYA) (Qaf  50:17-18).

- Abdullah Bukhari @ 6 November 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...