BUKAN UMMATI-UMMATI
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim
Perginya baginda ke pangkuan Allah yang Maha Tinggi mengguris jiwa para sahabat dan semua orang yang beriman. Cinta mereka kepada Rasulullah SAW adalah cinta sejati yang mendorong mereka mengorbankan segalanya walau nyawa di badan sendiri. Apa tidaknya, kehilangan baginda tiada ganti. Walaupun sejuta manusia mati hidup semula dalam tubuh mana-mana tokoh sekalipun, ia tetap tidak dapat menandingi keagungan seorang insan bernama Muhammad Rasulullah SAW.
Dalam bicara sedih kewafatan baginda, orang Melayu sering didedahkan bahawa lafaz terakhir baginda sebelum dijemput Allah adalah lafaz kerisauan tentang nasib ummatnya. “Sudah agak lama lafaz “UMMATI! UMMATI! Atau “ADUHAI UMMATKU” disemat di hati orang Islam.
Lafaz kecaknaan baginda ini seakan menusuk menikam hati kecil kita sehingga tikaman itu membuahkan kecintaan bersulam kesedihan. Lalu hati kita berkata: “Aduh! Mulia sekali hatimu Ya Rasulullah! Sehingga nafasmu yang terakhir pun, keprihatinanmu tetap terjurus pada kami”. Kenangan ini pastinya menitiskan air mata orang yang beriman.
Persoalannya, adakah benar itu lafaz paling penghujung yang dituturkan baginda? Benar sekali, kadang-kadang ilmu warisan sangat sukar disanggah. Masyhur di lidah seakan sudah menjadikannya suatu ilmu pasti lagi sahih. Sebarang cubaan teguran pasti mengundang sanggahan.
Walaupun pahit, yang salah perlu ditegur. Yang bengkok perlu diluruskan kerana inilah warisan sebenar baginda SAW. Baginda meninggalkan agama yang senantiasa tegak teguh dengan hujah dan fakta. Islam bukanlah agama penglipur lara yang nampak seakan benar setelah digarap dengan seni penceritaan atau sinematografi yang penuh meyakinkan. Sebaliknya Islam adalah agama fakta. Gunung sekalipun akan runtuh apabila fakta merempuhnya.
Setelah diteliti dari sumber yang sahih (Sahih al-Bukhari dan Muslim) ternyata antara lafaz terakhir baginda SAW sebelum wafat adalah:
مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
Ertinya: Bersama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu para nabi, orang yang benar (imannya), orang yang mati Syahid, serta orang yang soleh (al-Nisa’ 4:69).
Dalam sebuah hadith Aisyah RA menyebut:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ صَحِيحٌ يَقُولُ إِنَّهُ لَمْ يُقْبَضْ نَبِيٌّ قَطُّ حَتَّى يَرَى مَقْعَدَهُ مِنْ الْجَنَّةِ ثُمَّ يُحَيَّا أَوْ يُخَيَّرَ فَلَمَّا اشْتَكَى وَحَضَرَهُ الْقَبْضُ وَرَأْسُهُ عَلَى فَخِذِ عَائِشَةَ غُشِيَ عَلَيْهِ فَلَمَّا أَفَاقَ شَخَصَ بَصَرُهُ نَحْوَ سَقْفِ الْبَيْتِ ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى
Ertinya: Baginda Rasululllah SAW ketika masih sihat pernah berkata: Para nabi tidak diambil nyawanya sehinggalah dia melihat kedudukannya dalam syurga kemudian dia (nabi tersebut) akan diberikan pilihan. Apabila Rasulullah SAW sedang sakit yang membawa kepada kewafatannya sedang kepala baginda SAW berada atas paha Aisyah baginda pitam. Apabila tersedar baginda SAW membeliakkan matanya ke arah bumbung rumah kemudian berkata: YA ALLAH! KEPANGKUAN YANG TERTINGGI (Sahih al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadith lain, sebelum mengucapkan perkataan di atas, Rasulullah mengucapkan:
مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
Ertinya: Bersama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu para nabi, orang yang benar (imannya), orang yang mati Syahid, serta orang yang soleh (Sahih al-Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan kedua lafaz tersebut dapat disimpulkan bahawa ketika hampir wafatnya, baginda Rasulullah SAW telah membuat pilihan untuk kembali ke pangkuan yang tertinggi di sisi Allah bersama roh manusia pilihan yang terdiri daripada para nabi, orang yang benar, para syuhada’ dan orang yang soleh.
Adapun lafaz UMMATI dalam versi yang sahih diucapkan baginda SAW jauh sebelum kewafatannya. Dalam sebuah hadith disebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَلَا قَوْلَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي إِبْرَاهِيمَ
{ رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنْ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي }
الْآيَةَ وَقَالَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَام
{ إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ }
فَرَفَعَ يَدَيْهِ وَقَالَ اللَّهُمَّ أُمَّتِي أُمَّتِي وَبَكَى فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يَا جِبْرِيلُ اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ وَرَبُّكَ أَعْلَمُ فَسَلْهُ مَا يُبْكِيكَ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَسَأَلَهُ فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا قَالَ وَهُوَ أَعْلَمُ فَقَالَ اللَّهُ يَا جِبْرِيلُ اذْهَبْ إِلَى مُحَمَّدٍ فَقُلْ إِنَّا سَنُرْضِيكَ فِي أُمَّتِكَ وَلَا نَسُوءُكَ
Ertinya: Abdullah bin Amru bin al-‘As meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca firman Allah yang mengisahkan doa nabi Ibrahim AS yang bermaksud: Wahai Tuhanku, berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah daripada golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat) (Ibrahim 14:36 )
.
Juga doa nabi Isa AS yang bermaksud: "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" (al-Ma’idah 5:118).
Baginda lalu mengangkat 2 tangannya seraya berdoa: Ya Allah Ummatku, ummatku. Lalu baginda menangis. Allah berfirman: Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad (sedang Tuhanmu lebih mengetahui) dan tanyakan padanya apa yang membuatkan kamu menangis. Jibril pun mendatangi Rasulullah, lalu baginda memberitahu Jibril (sebab tangisannya). Allah kemudiannya berfirman: Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad dan katakan padanya: Sesungguhnya KAMI akan meredhaimu pada ummatmu dan tidak akan berlaku buruk padamu (Sahih Muslim).
Hadith UMMATI versi sahih yang disebutkan dalam Sahih Muslim ini menunjukkan kasih sayang serta keprihatinan Rasulullah SAW kepada umatnya. Selain itu, ia juga menunjukkan kemuliaan yang khusus diberikan kepada umat baginda SAW berikutan tangisan baginda.
Cinta kepada Rasulullah SAW adalah tanda iman yang wajib dimiliki semua Muslim. Walau bagaimanapun, iman itu tidak akan bererti jika hanya berpaut pada cerita warisan yang tidak sahih. Ia seumpama yakin selamat ketika bergantung hanya pada sebatang ranting yang rapuh. Baginda SAW mendidik kita agar berpegang kepada nass dan dalil yang sahih. Ia adalah syiar dan tunggak Islam. Berpegang teguh kepada yan sahih termasuk antara makna cinta kepada baginda SAW. Ayuh kita bugarkan cinta ini dengan yang sahih.

No comments:
Post a Comment