BAJU PUTIH WARAQAH WARNA AHLI SYURGA?
“Saya lihat arwah ibu saya dalam mimpi berpakaian serba putih. Wajahnya pun tenang. Apa maksud mimpi saya tu?”
Walaupun pernah tulis buku berkaitan mimpi (Fail Sulit Mimpi, terbitan Telaga Biru pada tahun 2018), saya tak pandai mentafsir mimpi. Kemampuan tafsir mimpi adalah anugerah Allah kepada sesetengah hamba-Nya yang putih lagi jernih jiwanya. Saya tahu jiwa dan hati jantung saya masih banyak karat dosa.
Ketika menelaah satu isu, saya jumpa sebuah hadith berkaitan “baju putih” si mati. Semoga hadith ini boleh membantu kita memahami perkara ghaib dalam teropong wahyu:
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ خَدِيجَةَ سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَرَقَةَ بْنِ نَوْفَلٍ فَقَالَ قَدْ رَأَيْتُهُ فِي الْمَنَامِ فَرَأَيْتُ عَلَيْهِ ثِيَابُ بَيَاضٍ فَأَحْسِبُهُ لَوْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ ثِيَابَ بَيَاضٍ
Ertinya: Aishah RA menceritakan Khadijah RA pernah Rasulullah SAW tentang status kedudukan Waraqah bin Nawfal. Baginda berkata: “Aku mimpi melihatnya BERPAKAIAN SERBA PUTIH. Aku kira jika dia termasuk dalam kalangan ahli neraka, sudah pasti dia tidak berpakaian serba putih” (Musnad Ahmad).
Pakaian putih memang besar signifikannya, dalam sebuah hadith disebut ia antara pakaian yang disaran Rasulullah SAW:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
Ertinya: Abdullah bin ‘Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda “Pakailah pakaian putih kerana ia adalah (warna) pakaian kamu yang terbaik. (Juga) kafankan orang yang mati dalam kalangan kamu dengannya (kain putih) (Sunan Abu Dawud & al-Tirmidhi).
Al-Quran juga mengaitkan warna putih sebagai tanda bahagia di akhirat kelak. Firman Allah:
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ۚ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ. وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang) menjadi hitam legam. Adapun orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu." Adapun ORANG YANG PUTIH BERSERI MUKANYA, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya (Ali 'Imran 3:106-107l.
Apa-apa pun mimpi manusia biasa seperti kita (tentang si mati) tidak boleh disamakan dengan mimpi Rasulullah SAW. Mimpi Rasulullah SAW adalah wahyu yang benar, manakala mimpi kita boleh jadi benar atau sebaliknya. Semoga perkongsian ini memberi harapan baik kepada kita agar sentiasa mendoakan ampunan dan kebaikan kepada si mati tanpa mengira warna apa sekalipun pakaian mereka yang kita lihat dalam tidur.
- Abdullah Bukhari @ 28 November 2018 -

No comments:
Post a Comment