9 ATAU 12 RABI' AL-AWWAL?
Pernah ditanya mengapa Rasulullah SAW banyak berpuasa pada hari isnin. Baginda lalu menjawab:
ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ
“Itulah hari aku dilahirkan, hari aku dibangkitkan atau al-Quran mula diturunkan kepadaku” (Sahih Muslim).
Ulama berselisih pandangan tentang tarikh sebenar baginda lahir. Ada yang berpandangan 12 Rabi' al-Awwal (Sirah Ibn Ishaq dan Musannaf Ibn Abi Syaibah).
Ada yang kata *9 Rabi’ al-Awwal.* Tarikh ini berdasarkan kajian ilmu falak moden (al-Rahiq al-Makhtum, hal 71).
Apa yang paling tepat, harinya adalah ISNIN berdasarkan hadith terdahulu! Apa pun, usahlah bergaduh tentang isu ini kerana ia *BUKAN PERKARA POKOK DALAM AGAMA. Yang paling penting adalah sejauh mana cinta dan penghayatan kita kepada ajaran baginda.*
- Abdullah Bukhari @ 19 November 2018 -

No comments:
Post a Comment