Friday, October 26, 2018

SIAPA YANG LEBIH PANDAI MENGUBAT?

SIAPA YANG LEBIH PANDAI MENGUBAT?

Pernah suatu ketika seorang sahabat nabi mengalami luka sehinga darahnya tidak berhenti mengalir. Lalu 2 lelaki daripada Bani Anmar dipanggil untuk merawat pesakit itu:

 قَالَ لَهُمَا أَيُّكُمَا أَطَبُّ فَقَالَا أَوَ فِي الطِّبِّ خَيْرٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ ....قَالَ أَنْزَلَ الدَّوَاءَ الَّذِي أَنْزَلَ الْأَدْوَاءَ

Nabi pun bertanya kepada mereka berdua "SIAPA ANTARA KALIAN BERDUA YANG LEBIH PANDAI MERAWAT?" Mereka berdua bertanya: "Adakah pada ilmu perubatan itu ada kebaikan Wahai Rasulullah?"..... Baginda menjawab:  "TUHAN YANG MENURUNKAN PENYAKIT TURUT MENURUNKAN UBAT." (Muwatta' Imam Malik).

Dalam sebuah hadith lain dikisahkan Sa'ad bin Abi Waqqas RA mengalami sakit:

عَنْ سَعْدٍ قَالَ
مَرِضْتُ مَرَضًا أَتَانِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي فَوَضَعَ يَدَهُ بَيْنَ ثَدْيَيَّ حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَهَا عَلَى فُؤَادِي فَقَالَ إِنَّكَ رَجُلٌ مَفْئُودٌ ائْتِ الْحَارِثَ بْنَ كَلَدَةَ أَخَا ثَقِيفٍ فَإِنَّهُ رَجُلٌ يَتَطَبَّبُ فَلْيَأْخُذْ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِنْ عَجْوَةِ الْمَدِينَةِ فَلْيَجَأْهُنَّ بِنَوَاهُنَّ ثُمَّ لِيَلُدَّكَ بِهِنَّ

Dari Sa’ad: Aku sakit lalu Rasulullah SAW menziarahiku. Baginda meletakkan tangannya di tengah dadaku sehingga terasa sejuk tangan baginda di dadaku. Baginda bersabda: Kamu sedang sakit dada, pergilah berjumpa al-Harith bin Kaladah dari kabilah Thaqif kerana dia tahu mengubat. Al-Harith kemudiannya mengambil 7 biji kurma Ajwah Madinah dan mengisarnya dengan bijinya kemudian menyuapnya” (Sunan Abu Dawud)

Siapa al-Harith bin Kaladah ini sehingga baginda menyarankan sahabatnya berubat dengan lelaki itu? Beliau adalah doktor Arab yang terkenal. Belajar ilmu perubatan di Yaman dan Jandaysabur Parsi. Ulama sejarah berselisih pendapat tentang Islamnya.

Kesimpulan daripada dua riwayat ini adalah RUJUKLAH PAKAR BIDANG YANG MENDALAMI BIDANG MEREKA SELAMA BERTAHUN. Jangan mudah percaya orang yang berlagak pakar dengan belajar melalui kitab google atau Yahoo sahaja.

- Abdullah Bukhari @ 26 Oktober 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...