Saturday, October 27, 2018

REVIEW BUKU *"SUNNAHMU AMALANKU."*


REVIEW BUKU *"SUNNAHMU AMALANKU."*

Alhamdulillah saya baru khatam buku terbaru Tuan Guru Datok Dr Abdul Basit bertajuk *SUNNAHMU AMALANKU.*

Buku ini ada 210 muka surat. Isinya padat ringkas. Sangat bagus sebagai check list amalan harian kita. Antara isinya adalah:

Kesungguhan para sahabat shg ibn umar resah dan sesal kerana hanya solat jenazah tapi tak hantar ke kubur utk dapat pahala 2 qirat (ms 11).

Amalan zikir sblm tidur nabi ajar fatimah dan ali. Tak ditinggal walaupun pada malam perang smSiffin (ms 9).

Perbincangan tentang solat malam.
Kisah nabi kejut Ali dan Fatimah..kenapa nabi tepuk paha? (ms 34).

Perbincangan jika terlepas solat raya (30).

Raya bertembung jumaat.  Apa status solat jumaat? (28).

Kepentingan witir. Bila nak dibuat? Sebelum tidur atau slps bangun? (31-36).

Bilangan solat rawatib harian? 10 atau 12?(37-40).

Berapa kali azan hari jumaat (42-43).

Sunat ba'diyah Jumaat adalah 4 rakaat dan 2 rakaat  elok dibuat di rumah? (44-45).

Solat terawih afdhal dihabiskan bersama imam (48).

Waktu afdhal solat dhuha adalah ketika anak unta bangun dari duduk kerana panas mula terasa? (52).

Solat Dhuha 4 rakaat menjadi sebab rezeki cukup? (54).

Bagaimana sepatutnya dilakukan oleh makmum yang terlepas rakaat pertama solat gerhana? Dia perlu tambah 1 rakaat dengan 2 rukuk (64).

Solat istisqa' atau mohon hujan sama sifatnya seperti solat hari raya (65).

Solat taubat boleh dilakukan pada waktu larangan solat? (71).

Semak pantas solat istikharah yang bagus. Jawapan istikharah bukan hanya melalui mimpi (74-77).

Nabi dengar tapak kaki Bilal dalam syurga kerana solat wuduk?(78).

Bagaimana status orang yang masuk masjid al-Haram untuk tawaf umrah. Adakah perlu solat tahiyyatul masjid dahulu (83).

Solat sunat tawaf boleh dilakukan di luar Masjid al-Haram (87-88).

Apa status hadith tentang solat sunat tasbih? (89-96).

Keluar dari masjid setelah azan dikumandang dikira derhaka kepada Rasulullah? (101).

Solat isyraq dikenali solat Dhuha kecil?(105.

Para sahabat sembang santai selepas solat subuh?(108-109).

Sunat memanjangkan bacaan pada rakaat pertama solat zohor dan melewatkan zohor jika cuaca terlalu panas (115).

Sunnah nabi menjelang waktu maghrib,  masuk ke dalam rumah kerana kekuatan syaitan terkumpul pada waktu itu (122-123).

Rasulullah tak suka berbual kosong selepas solat isyak (124).

Sayyidina Umar melarang rakyatnya berjaga malam? (128).

Jangan tinggalkan azan isyak kerana memberi laluan kepada kuliah maghrib (130).

8 sunnah bangun tidur (182-186).

Syaitan tidur dalam hidung? Kenapa nabi suruh kita masukkan air ke dalam hidung setelah sedar dari tidur? (185-186).

Sesiapa yang membaca 2 ayat akhir al-Baqarah sebelum tidur, ia sudah cukup baginya. Apa 3 makna "cukup" dalam janji nabi ini?(191-192).

3 jenis mimpi dan cara tangani mimpi ngeri. Abu Salamah RA pernah bermimpi sesuatu yang berat namun kekal selamat kerana mengikut panduan nabi (196-198).

Apa zikir yang dibaca nabi setelah tersedar di tengah malam? (202).

Perihal zuhud para sahabat. Abu Hurayrah pernah pengsan kerana terlalu lapar (210).

Pendek kata saya sangat sarankan agar buku ini dimiliki semua kerana isinya padat dan lengkap dengan dalil bagi setiap amalan. Semoga cinta kita kepada nabi bertambah subur dengan mengamalkan sunnah baginda. Insya-Allah!



- Abdullah Bukhari @ 27 Oktober 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...