GEMPA BUMI ZAMAN NABI?
Gempa bumi berterusan di negara jiran turut menggegarkan jiwa rakyat Malaysia..lalu seorang murid saya bertanya:
"Ustaz! Betul ke kisah bumi pernah bergegar pada zaman nabi, lalu baginda letak tangan pada bumi dan kata - BERHENTI! BELUM SAMPAI MASAMU UNTUK BERGEGAR..."
Alhamdulillah soalan itu mendorong saya untuk buat sedikit carian ringkas. Hasilnya adalah seperti berikut:
Ada sebuah riwayat yang berbunyi:
عن محمد بن عبد الملك بن مروان قال : ( إن الأرض زلزلت على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فوضع يده عليها ثم قال : اسكني فإنه لم يأن لك بعد ، ثم التفت إلى أصحابه ، فقال : إن ربكم يستعتبكم فأعتبوه ) رواه ابن أبي الدنيا في "العقوبات"
Muhammad bin Abdul Malik bin Marwan berkata:
Bumi bergegar pada zaman nabi SAW. Baginda segera meletakkan tangannya atas bumi seraya berkata "Diam (wahai bumi) kerana belum sampai masamu lagi (untuk bergegar)." Baginda kemudiannya berpaling kepada para sahabat dan berkata "SESUNGGUHNYA TUHAN KAMU MARAHKAN KAMU, MAKA PUJUKLAH DIA (DENGAN TAUBAT DAN MENCARI REDHA-NYA). Diriwayatkan oleh Ibn Abi al-Dunya dalam kitabnya - al-'Uqubat (hukuman).
Riwayat ini bermasalah kerana periwayatnya Muhammad bin Abdul Malik bin Marwan wafat tahun 266 Hijri dan mana mungkin dia tahu sesuatu yang berlaku pada zaman nabi? Ada juga sebuah riwayat lain yang seakan sama dengan riwayat di atas, namun ia juga riwayat bermasalah atau lemah. Oleh itu kita abaikan sahaja riwayat tersebut.
Dalam Tafsir al-Tabari, kata-kata di atas dinisbahkan kepada sahabat nabi, Abdullah bin Mas'ud RA ketika berlaku gempa bumi di Kufah.
"Wahai sekelian manusia, SESUNGGUHNYA TUHAN KAMU MARAHKAN KAMU, MAKA PUJUKLAH DIA (DENGAN TAUBAT DAN MENCARI REDHA-NYA."
Kesimpulannya, tiada nass yang sahih menyebut gempa pernah berlaku pada zaman nabi.
Cuma saya teringat sebuah hadith berkaitan bukit Uhud bergegar pada zaman nabi:
أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَدَّثَهُمْ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَعِدَ أُحُدًا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ فَرَجَفَ بِهِمْ فَقَالَ اثْبُتْ أُحُدُ فَإِنَّمَا عَلَيْكَ نَبِيٌّ وَصِدِّيقٌ وَشَهِيدَانِ
Ertinya: Anas bin Malik RA menceritakan pada suatu hari nabi SAW menaiki bukit Uhud bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Bukit Uhud tiba-tiba bergegar. Nabi pun (menghentak kakinya seraya) berkata: "Diam (tetaplah kamu tanpa bergegar wahai bukit Uhud) kerana di atas kamu sekarang ada SEORANG NABI, SEORANG YANG BENAR DAN 2 ORANG (YANG AKAN MATI) SYAHID" (Sahih al-Bukhari).
Subhanallah! Hadith ini sangat benar kerana semua yang disebut nabi benar-benar berlaku. Abu Bakar digelar al-Siddiq (orang yang benar), manakala Umar dan Uthman RA pula benar-benar gugur syahid di Madinah kemudian hari.
Mudahnya, gempa bumi adalah tanda kuasa Allah untuk mengingatkan manusia betapa mereka sangat lemah. Cocok sekali peristiwa gempa bumi dengan peringatan Allah ini:
وَمَا نُرْسِلُ بِالْآيَاتِ إِلَّا تَخْوِيفًا
Ertinya: .....dan biasanya Kami tidak menghantar turun tanda kekuasaan Allah melainkan untuk menjadi amaran (bagi manusia) (al-Isra' 17:59).
Kesimpulannya, bila berlaku gempa atau bencana alam segeralah ingat kuasa Allah yang mampu melakukan apa sahaja dan "BUKANNYA BERTINDAK SEBAGAI WAKIL TUHAN MENUDING JARI KEPADA MANGSA BENCANA DENGAN LIDAH TAJAM - INI KERANA DOSA KAMU! Renung dosa sendiri bukannya dosa orang!
- Abdullah Bukhari @ 4 Oktober 2018 -

No comments:
Post a Comment