AWAS JIKA HARGANYA MURAH DI BAWAH PARAS NILAI
Nabi Yusuf AS diuji teruk. Baginda dianiaya adik beradik sendiri yang membuangnya ke dalam perigi. Selepas ditemui kafilah dagang yang mencari air, baginda DIJUAL DENGAN HARGA MURAH DI BAWAH PARAS NILAI:
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ
Ertinya: Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang yang tidak menghargainya (Yusuf 12:20).
Ada banyak riwayat tentang siapa yang menjual Yusuf. Ada ulama kata adik beradiknya sendiri menjual baginda dengan nilai murah kepada kafilah dagang yang mencari air. Ada juga yang mengatakan setelah menemui Yusuf, kafilah dagang itu menjual Yusuf di Mesir dengan harga murah di bawah paras harga biasa jualan seorang hamba.
Apa signifikan kisah ini?
Mereka tidak yakin untuk menjual Yusuf dengan harga tinggi kerana Yusuf ditemui secara pelik bergantung pada timba dan tidak ada kepastian tentang asalnya. Boleh jadi bapanya akan temui dan menuntut hak atas Yusuf kemudian hari. Jika itu berlaku, pembeli Yusuf akan menuntut kembali nilai jualan daripada orang yang menjualnya. Oleh itu jalan terbaik dan selamat daripada kemungkinan kerugian adalah dengan menjualnya dengan harga yang murah.
Antara pentunjuk penting daripada ayat ini untuk kita semua adalah, BERHATI-HATI APABILA ADA ORANG CUBA MENJUAL SESUATU DENGAN HARGA YANG MURAH DI BAWAH PARAS BIASA. ITU PENTANDA BARANGAN TERSEBUT BERMASALAH YANG AKAN MENIMBULKAN MASALAH KEPADA PEMBELINYA PADA KEMUDIAN HARI.
- Abdullah Bukhari @ 6 Oktober 2018 -

No comments:
Post a Comment