SEMAK SEBELUM TEMBAK TANDA IMAN KEPADA AL-QURAN
(Intipati Kuliah Dhuha Tafsir surah al-Hujurat 49:6-8, di Masjid Ibn Sina, Taman Tasik Titiwangsa pada 25 September 2018)
Zaman moden serba canggih tidak semestinya melahirkan orang yang bijak. Makin mudah maklumat tersebar dalam media sosial, makin mudah juga manusia tergelincir dengan dosa sebar berita tak benar. Demi untuk menyelamatkan manusia, Allah mengajar “panduan padat” dalam ayat ini:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (6) وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ أُولَئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ (7) فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (8)
Ertinya: WAHAI ORANG BERIMAN! Jika datang kepada kamu SEORANG FASIK membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ADA RASULULLAH (MAKA JANGANLAH KEMAHUAN ATAU PENDAPAT KAMU MENDAHULUI PENTADBIRANNYA); kalau dia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) ALLAH MENJADIKAN IMAN SUATU PERKARA YANG KAMU CINTAI SERTA DI PERHIASKANNYA DALAM HATI KAMU, DAN MENJADIKAN KEKUFURAN DAN PERBUATAN FASIK SERTA PERBUATAN DERHAKA ITU: PERKARA-PERKARA YANG KAMU BENCI; mereka yang bersifat demikian ialah orang yang tetap menurut jalan yang lurus; (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (al-Hujurat 49:6-8).
Di sini saya huraikan beberapa ulasan “ringkas padat” para ulama Tafsir tentang ayat ini:
1) Ayat ini dimulai dengan panggilan kepada orang beriman. Kenapa? Kemampuan mematuhi arahan Allah supaya semak sebelum tembak menjadi “SATU PETANDA MUDAH ANDA BERIMAN KEPADA AL-QURAN.” Anda mahu dapat status iman kepada Allah dan al-Quran? Langkah mudah adalah dengan membuat semakan dan jangan segera percaya atau sebar. Jika anda masih semberono percaya atau sebar tanpa semak, ITU TANDA IMAN ANDA PADA AL-QURAN BELUM SEMPURNA!
2) Perkataan Fasiq – فاسق - pada pangkal ayat 6 didatangkan tanpa ALIF LAM – الفاسق – Apa beza antara keduanya? Dalam kaedah bahasa Arab, sesuatu perkataan (kata nama) yang disertakan dengan “ALIF & LAM” membawa maksud khusus, manakala tanpa 2 huruf itu kata nama itu menjadi umum. Maksudnya, sifat Fasiq yang dimaksudkan Allah bersifat umum. Boleh jadi ia datang daripada manusia yang tidak dikenali atau daripada mana-mana sumber yang tidak diketahui asal usulnya. Maklumat dalam media sosial pada hari ini “memang sangat meragukan”, oleh itu sabar dahulu sebelum percaya atau sebar.
3) Perkataan yang menyatakan bahawa RASULULLAH ADA BERSAMAMU membawa maksud bahawa baginda memang sentiasa memandu kita agar tidak terjerumus dalam apa sahaja dosa seperti dosa percaya dan sebar tanpa semak. Cukuplah sabda nabi ini menjadi penyokong ayat di atas:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
Ertinya: Cukuplah seseorang itu digelar pendusta jika dia berbicara dengan apa sahaja yang didengarnya (Sahih Muslim).
4) Iman adalah anugerah Allah kepada manusia. Apabila ia meresap masuk ke dalam jiwa, manusia akan akur pada arahan Allah seperti arahan semak sebelum percaya atau sebar. Sikap mudah percaya dan sebar tanpa semak menyanggah prinsip Iman kepada Allah.
5) Orang yang mampu patuhi arahan semak sebelum percaya atau sebar disifatkan Allah pada hujung ayat 7 sebagai – الراشدون - ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK. Pastinya orang yang diberi petunjuk akan selamat hidupnya di dunia dan di akhirat. Berapa banyak kita lihat sikap PERCAYA dan SEBAR SEBELUM SEMAK menjerumuskan manusia dalam musibah caci, saman malu dan sebagainya.
Kesimpulannya, BACA DAN HAYATILAH ISI KANDUNGAN AL-QURAN KERANA IA BENAR-BENAR PENYELAMAT MANUSIA. Jangan jadikan tangan serta jari jemari anda sebab tiket anda ke neraka terus “di-check in” semasa di dunia lagi:
ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ
Ertinya: (Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya (al-Anfal 8:51).
English version:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212991431125874&id=1394678315
- Abdullah Bukhari @ 26 September 2018 -

No comments:
Post a Comment