Monday, August 13, 2018

ANGIN TENTERA ALLAH?

ANGIN TENTERA ALLAH?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

“Saya anggar tempohnya cuma 10 saat, tapi  impaknya boleh merenggut nyawa.”

Kisahnya, pada Jumaat 3 Ogos 2018, pesawat yang saya naiki ketika dalam perjalanan ke Kota Bharu disapa mesra tentera Allah yang berkuasa di udara. Pesawat kami bergegar kuat seperti sebuah kenderaan jatuh ke dalam lubang besar berkali-kali. Sapaan sang angin ini dipanggil “air pocket.”

Pada waktu itu, ingatan saya terus kembali kepada Allah yang menjadi Tuhan manusia dan sang angin. Segera doa agar sentiasa dijaga Allah di bumi atau di langit saya baca. Sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ .

Ertinya: Seorang hamba yang membaca doa ini sebanyak 3 kali pada waktu pagi dan petang tidak akan ditimpa apa-apa mudarat: "Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudarat (bahaya dan kesusahan) bersama nama-Nya sesuatu apa pun baik di bumi atau di langit, dan Dialah (Allah) Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" (Sunan al-Tirmidhi & Sunan Abu Dawud).

Ketika menghuraikan makna “mudarat yang wujud di langit,” para ulama’ hadith memaksudkannya - Allah mampu lindungi kita daripada bencana yang mungkin turun dari langit (‘Awn al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Dawud). Saya pula berpandangan, nabi SAW seolah-olah tahu (melalui saluran mukjizat Allah pada baginda) bahawa suatu hari nanti manusia mungkin akan terbang di langit atau di udara dan boleh terdedah dengan berbagai bahaya udara seperti “sapaan keras sang angin.” Oleh itu baginda mahu kita sentiasa bergantung pada Allah tanpa mengira masa dan lokasi.

Siapa tahu, suatu hati nanti manusia mungkin mendiami langit atau angkasa lepas selain bumi, maka doa ini tetap releven untuk kita. Perhatikan ayat ini yang menyebut kemungkinan ada makhluk melata di langit:

وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِنْ دَابَّةٍ وَهُوَ عَلَى جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ

Ertinya: Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang Dia biakkan pada keduanya daripada makhluk yang melata; dan Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya). (al-Syura 42:29).

Berbalik kepada isu angin.  Ketika ia bertiup sama ada  kencang atau halus mulus, jangan ingat ia sekadar hembusan biasa sebaliknya ia adalah tentera Allah yang setia patuh pada sebarang arahan Allah. Jika Allah arah musnah, maka angin akan menajamkan tiupannya serta menggandakan kelajuannya. Jika Allah arah bantu, maka pacuannya kenal mana musuh Allah dan mana kekasih Allah.

Sebenarnya, bukan hanya angin, tentera Allah sangat banyak dan ramai sehingga tidak terjangkau pemikiran manusia:

وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ

Ertinya: Dan tiada yang mengetahui (siapa dan berapa jumlah) tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia (al-Muddaththir 74:31).

Dalam bicara lain Allah menegaskan bahawa tentera-Nya meliputi langit dan bumi:

وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Ertinya: Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang yang derhaka); dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (al-Fath 48:7)

Bukti angin pernah bertugas sebagai komando utusan Allah adalah kisah kemusnahan kaum ‘Ad. Mereka sangat bangga dengan kekuatan fizikal yang dimiliki, lantas Allah hancurkan kesombongan mereka dengan tiupan tentera-Nya selama hampir seminggu. Maka habislah riwayat  bangsa sombong yang pernah menguasai dunia:

وَأَمَّا عَادٌ فَأُهْلِكُوا بِرِيحٍ صَرْصَرٍ عَاتِيَةٍ (6) سَخَّرَهَا عَلَيْهِمْ سَبْعَ لَيَالٍ وَثَمَانِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومًا فَتَرَى الْقَوْمَ فِيهَا صَرْعَى كَأَنَّهُمْ أَعْجَازُ نَخْلٍ خَاوِيَةٍ (7)

Ertinya: Adapun ‘Ad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, - Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang (al-Haqah 69:6-7).

Ternyata tentera Allah ini kenal “akidah anutan” manusia. Ia pernah membantu umat Islam yang pasrah dikepung musuh pada tahun ke 5 Hijri di Madinah. Serangan angin langsung melumpuh serta menewaskan tentera bersekutu dalam perang Ahzab:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا

Ertinya: Wahai orang yang beriman, ingatlah nikmat Allah kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (bersekutu dalam perang Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (daripada malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan (al-Ahzab 33:9).

*Jauh sebelum manusia menemui “hukum bernoulli”* yang mengatakan objek berat boleh terapung di udara dengan manipulasi kuasa enjin dan angin, Allah pernah menundukkan angin kepada nabi Sulayman AS. Dengan bantuan angin, nabi Sulayman AS sudah menerokai teknologi penerbangan ribuan tahun dahulu:

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ

Ertinya: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulayman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya menyamai perjalanan biasa sebulan.... (Saba’ 34:12).

Bukan setakat itu, Allah juga tegaskan kepada manusia yang kufur betapa Dia boleh renggut nyawa mereka dengan cengkaman serta serbuan sang angin:

حُنَفَاءَ لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

Ertinya: (Amalkanlah segala ibadat itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan) (al-Hajj 22:31).

Angin adalah tentera Allah yang unik dan hebat. Ia boleh jadi mesra sebagai agen pendebungaan, pembawa hujan dan penggerak kapal di lautan (al-Hijr 15:22 & al-Syura 42:32-33), dan ia juga mampu bertukar rupa menjadi pemusnah yang dahsyat. Perhatikan tentera Allah ini, mudah-mudahan iman kita kepada Allah sebagai Tuhan kita semua dan Tuhan sang angin akan bertambah teguh.

http://m.utusan.com.my/rencana/agama/angin-tentera-allah-1.728077

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...