Friday, June 29, 2018

MAKSUDNYA SUAP ATAU MAKAN MAKANAN BERBENTUK SERBUK!?!!

MAKSUDNYA SUAP ATAU MAKAN MAKANAN BERBENTUK SERBUK!?!!

Antara kepuasan dan kemanisan hidup adalah berada dalam lingkungan para ilmuwan yang MAMPU MEMBERI JAWAPAN TEPAT kepada kemusykilan yang kita cari. 2 - 3 hari ini dok keliru dengan makna perkataan - تُسِفُّ - dalam hadith ini:

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا -  تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ - وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ

Abu Hurayrah bercerita pada suatu hari seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Aku miliki kaum kerabat (atau saudara) yang selalu aku sambung dan hubungi mereka, tapi mereka selalu sahaja memutuskan hubungan mereka denganku. Aku juga selalu berbuat baik pada mereka tetapi mereka membalasnya dengan buruk. Aku selalu berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka selalu berkasar denganku.” Baginda menjawab: “Jika benar seperti apa yang kamu kata, *KAMU SEBENARNYA  SEDANG MENYUAP MEREKA* dengan pasir panas (yang biasa orang Arab guna untuk memasak roti dalam dapur, maksudnya sikap mereka menyebabkan mereka dipandang hina oleh Allah dan menambah dosa sendiri). Jika kamu berterusan dengan sikap baik sebegini, bantuan Allah (dan pahala-Nya) akan sentiasa bersamamu bagi mengatasi sikap buruk mereka itu (Sahih Muslim).

Saya merujuk kepada beberapa lecturer Bahasa arab (berbangsa melayu) tapi mereka tak mampu memberi  jawapan yang benar2 solid. Alhamdulillah baru sebentar jumpa dengan Ustaz Ibrahim Fares, lecturer Bahasa Arab CELPAD, UIAM yang berasal dari Mesir. Beliau juga antara jurulatih debat UIAM. Lantas dia berikan jawapan tepat yang membuatkan SAYA PUAS DAN TENANG...

Perkataan - أَسَفَّ - يُسِفُّ - menurut beliau adalah MENYUAP MAKANAN BERBENTUK SERBUK SEPERTI PASIR, GULA RAN UBATAN. Lantas dia berikan contoh penggunaan perkataan ini dalam hadith di atas. Rupanya orang arab menggunakan perkataan berbeza untuk jenis makanan berbeza. Jika makanan pejal mereka gunakan أطعم. Jika sesuatu bendalir mereka gunakan سقى dan untuk serbuk mereka gunakan أسف.

Ustaz Ibrahim Fares juga jelaskan hadith di atas sangat tinggi nilai sastera Arabnya. Selain beliau, antara lecturer yang mampu memuaskan rasa saya dalam penjelasan bahasa Arab adalah Ustaz Salah 'Awadhullah dan Dr Salih al-Tinggari. Keduanya dari Sudan.

Moralnya...sibukkan diri dengan ilmu kerana "KENYANGNYA SUNGGUH LUAR BIASA."

- Abdullah Bukhari @ 27 Jun 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...