Thursday, June 28, 2018

BANYAK KALI JUMPA MAKNA DALAM KEJUTAN TANPA RANCANG.. OOOO BEGITU RUPANYA!

BANYAK KALI JUMPA MAKNA DALAM KEJUTAN TANPA RANCANG.. OOOO BEGITU RUPANYA!

2-3 hari ini berbincang tentang wazan bahasa Arab dengan seorang lecturer senior CELPAD, Dr Mahadi Mas'oud. Kata beliau, antara keunikan bahasa Arab adalah perubahan WAZAN walaupun sedikit mampu membawa perubahan makna.

Contohnya WAZAN IFTA'ALA - افْتَعَلَ - membawa maksud sesuatu yang berlaku dengan perancangan. Manakala "ANTARA" peranan  WAZAN TAFA'ALA  - تَفَعَّلَ - menggambarkan  sesuatu yang berlaku tanpa perancangan.

Cthnya - اجتمع الناس بعد الصلاة - (seperti yang sudah dirancang) orang ramai berkumpul selepas solat. Ia berbeza makna dengan ayat ini - تجَمَّعَ الناس بعد الصلاة - (tanpa dirancang) orang ramai berkumpul selepas solat.

Apabila mengarahkan agar makna al-Quran diperhatikan Allah guna WAZAN - تَفَعَّلَ - iaitu perkataan TADABBARA atau TADABBUR - تَدَبُّر ...Mengapa?

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Juga terjemahan Inggerisnya:

Then, do they not give serious thought to the Qur’ān, or do they have locks on their hearts?(Muhammad 47:24).

Rupanya banyak sekali kita bertemu makna tersembunyi di sebalik ayat al-Quran ketika usaha tadabbur dilakukan. Banyak sekali terpacul daripada mulut kita sesuatu yang tak kita rancang seperti...

"OOOO! BEGINI RUPANYA MAKSUD ALLAH DALAM AYAT INI...."

Subhanallah! Kayanya bahasa Arab dan inilah sebabnya Allah guna bahasa Arab utk turunkan Firman-Nya. Ayuh kita sama2 dalami bahasa Arab agar kita benar2 faham apa yang Allah nak sampaikan pada kita.

- Abdullah Bukhari @ 27 Jun 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...