Thursday, June 14, 2018

APA TANDA PUASA KITA DITERIMA ALLAH? ATAU KITA DIREZEKIKAN BERTEMU MALAM AL-QADAR?

APA TANDA PUASA KITA DITERIMA ALLAH? ATAU KITA DIREZEKIKAN BERTEMU MALAM AL-QADAR?

Sungguh! Keduanya termasuk dalam RAHSIA Allah. Tiada siapa pun tahu atau berhak mendakwa...  Pun begitu, saya bersangka baik perihal penerimaan ibadat Puasa atau pertemuan  Malam al-Qadar dengan berpegang kepada ayat ini:

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآَتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

Ertinya: Dan (sebaliknya) orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), ALLAH MENAMBAHI MEREKA DENGAN HIDAYAH PETUNJUK, SERTA MEMBERI KEPADA MEREKA (DORONGAN) UNTUK MEREKA BERTAQWA
(Muhammad  47:17).

Sama dengan ANUGERAH HAJI MABRUR. Tiada siapa tahu adakah dia dianugerahi HAJI MABRUR atau tidak, namun begitu PERUBAHAN BAIK orang yang pulang daripada menunaikan haji boleh menjadi petanda HAJINYA MABRUR!

Oleh kerana tiada siapa tahu adakah Puasa kita diterima, adakah kita bertemu malam al-Qadar atau adakah haji kita dianugerahi MABRUR.. maka kita boleh berusaha dengan KEKAL ISTIQAMAH DALAM TAQWA selepas Ramadhan atau haji sehingga mati....Insya-Allah! Bersangka baik-lah dengan Allah dalam ketaatan pada-Nya.

Berdoalah agar dipanjangkan umur bertemu Ramadhan 1440 H.

- Buah fikir  Abdullah Bukhari Abdul Rahim pada saat akhir Ramadhan 1439 H / 14 Jun 2018 @ 6:42 pm  -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...