Wednesday, August 30, 2017

HARI ARAFAH (31 AUG 2017)

Berkata Imam Nawawi rhm. tentang Hari Arafah:

"Sesungguh hari ini adalah sebaik-baik hari dalam setahun untuk berdoa.
🌿🌿🌿
Maka adalah digalakkan agar memperbanyakkan zikir, doa dan bacaan Al-Quran.

Berdoalah dengan segala doa yang dikehendaki, dan berzikirlah dengan pelbagai zikir.

Berdoalah untuk diri sendiri, kedua ibubapa, kaum-kerabat, para pendidik dan guru, sahabat-handai,
rakan-taulan, semua orang yang dikasihi, mereka yang berbuat baik kepadanya dan seluruh kaum muslimin.

"Beringatlah agar tidak ketinggalan, kekurangan, cuai dari amalan ini. Kerana hari ini tidak akan berulang lagi."

[Sumber: Dinaqalkan dari Kitab al-Azkar Li an-Nawawi, Cetakan Darul Minhaj, ms333].

#ANAB, Hari Arafah 1438H - 31/8/2017.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...