Saturday, July 2, 2016

SENI DOA BALIK RAYA? ?

SENI DOA BALIK RAYA? ?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Alhamdulillah akhirnya sampai kota Bharu jam 10 malam tadi....perjalanan yang panjang. Sangkut dalam 2 jem. Sebelum bandar Bentong dan sebelum merapoh. Jem sebelum Merapoh paling teruk, sejam lebih kerana ada lori terbalik.

Antara sedutan isi tazkirah saya di surau Nur al-Syura pada malam Khatam al-Quran (30 Jun 2016) adalah. ...

"Bila balik kg, perjalanan kita terdedah pada risiko kerana faktor keselamatan jalan raya ada 5;

1) Kecekapan pemanduan kita
2) Keadaan kenderaan kita
3) Kecuaian pemandu lain
4) keadaan jalan raya
5) keadaan cuaca

Dalam 5 aspek tersebut..kita hanya mampu mengawal yang pertama dan kedua sahaja...selebihnya ALLAH YANG KAWAL. Oleh itu, mintalah keselamatan dari Allah!

Gunakan seni doa para nabi spt nabi Ibrahim (Ibrahim [14:37]) dan Zakariyya  (Maryam [19:3-6])...Mereka SENTIASA MENGUTAMAKAN HAK ALLAH dalam doa mereka. Contohnya. .

"Ya Allah! Selamatkan perjalanan ku ini kerana aku pulang demi BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA dan MENGHUBUNG SILATURAHIM YANG ENGKAU ARAHKAN (al-Nisa'[4:1]).."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10206985556222755&id=1394678315

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...