MISI MENYELAMATKAN BURUNG SEMPENA RAYA...
Sedang asyik melayan anak2 saudara di rumah bonda, tiba2 kucing rumah bonda masuk ke dalam rumah dengan selamba menggigit kepala burung. Bila dikejar si kucing masuk ke ruang tengah rumah nak ber"IFTAR" burung di bawah mesin jahit kakak.
Bila disergah si kucing terlepas cengkaman terhadap si burung. Ketika si burung cuba terbang, si kucing sempat melompat dan menyambar si burung sekali lagi. Ketika itu saya menghambat si kucing keluar. Lantas si burung terbang menyelamatkan diri ke celah almari. Bila ditangkap, kelihatan si burung masih tercungap2. ... anak2 saudara yang kecil teruja melihat si burung....
Akhirnya si burung berjaya BALIK BERAYA dengan selamat dan si KUCING TERPAKSA MENERUSKAN PUASANYA. ..alahai! Drama burung dan kucing mengingatkan misteri rezeki dalam ayat ni....
وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Ertinya: Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (al-'Ankabut [29:60]).
No comments:
Post a Comment