Friday, December 12, 2014

REFLEKSI AL-QURAN DI HUSM


REFLEKSI AL-QURAN DI HUSM.

Semalam saya mengendalikan Seminar separuh hari REFLEKSI AL-QURAN anjuran  Pusat Islam Hospital University Sains Malaysia, Kubang Kerian, Khamis 11 Dec 2014 (8:30 am -1pm).

Ada 3 slot pengisian:

SESSI1: Pengenalan kepada al-Quran & tujuan penurunan. Antara pengisian:

- Takrif al-Quran, jumlah ayat 6236 bukannya 6666.

- Al-Quran kunci MA'RIFATILLAH  (Mengenal Allah).

- Tujuan penurunan sebagai Kitab Hidayah (petunjuk). Aktiviti mencari petunjuk dari beberapa contoh ayat al-Quran (Sessi ini alhamdulillah sangat membuka mata saya & para peserta).

♧♧♧♧♧

SESSI 2: Panduan berinteraksi dengan al-Quran. Antara isinya:

- Mengapa Rasulullah SAW berjaya mengubah mentaliti Jahiliah para sahabat dengan jaya hanya dalam tempoh 23 tahun sahaja.

- Kaedah 4 T; Tilawah, Tafsir, Tahfiz & Tatbiq.  Kaedah ini berjaya mengubah para sahabat menjadi manusia yang bernafas dengan al-Quran & berjaya menggegar dunia.

- Kepentingan memahami SIYAQ atau KONTEKS sebenar sesuatu ayat. Aktiviti  mengenal KONTEKS beberapa ayat pilihan (Sessi ini juga banyak membuka mata saya dan para peserta).

♧♧♧♧♧♧♧

SESSI 3: Kesilapan dalam interaksi dengan al-Quran bersama beberapa contoh isu semasa berkaitan al-Quran. Antara isinya:

- Punca kesilapan adalah kejahilan tentang matlamat penurunan al-Quran, salah keutamaan & sikap memilih pilih untuk menerima sesetengah ayat sahaja.

- Terlalu fokus kepada aspek Tajwid atau Tarannum sehingga mengabaikan aspek Tafsir.

- Terlalu obses mengaitkan semua ayat dengan fakta saintifik seakan2 al-Quran sebuah buku sains.

- Silap menterjemahkan perkataan Arab dalam al-Quran seperti FITNAH, NASIHAT secara terus kepada makna bahasa Melayu.

- Silap memahami konsep Syifa' (Penawar) al-Quran kepada aspek fizikal SECARA TOTAL sedangkan matlamat penawar al-Quran adalah untuk penyakit hati & minda yang sesat.

- Terlalu MENGKOMERSIALKAN al-Quran dalam bentuk jampi tanpa memahami ratio aspek SUNNATULLLAH (SAINS) dan aspek KHAWARIQ AL-'ADAH  (Keajaiban dan doa). Perlu dijelaskan aspek SUNNATULLLAH lebih dominan dari aspek keajaiban.

♧♧♧♧♧♧

Di akhir sessi saya minta para peserta muhasabah hubungan diri dengan firman Allah:

ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ADA YANG MENDAHULUI (ORANG LAIN) DALAM BERBUAT KEBAIKAN DENGAN IZIN ALLAH. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata) (Fatir [35:32]).

Semoga kita tergolong dari kumpulan ketiga ayat ini. Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...