Tuesday, June 8, 2021

USIAMU BUKAN DARI TARIKH LAHIR KE TARIKH MATI...?

 USIAMU BUKAN DARI TARIKH LAHIR KE TARIKH MATI...?


Kata Syeikh Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya - الوقت في حياة المسلم -  WAKTU DALAM KEHIDUPAN MUSLIM (ms 55, 60-61).


Usiamu yang sebenar bukan dikira dari tarikh lahir sampai tarikh mati, tapi kiraannya diambil berdasarkan TEMPOH TAQWA, IBADAH DAN BAKTIMU PADA ALLAH. 


Kalau kena caranya, kita akan Allah kurniakan usia kedua selepas mati. Sabda Nabi SAW:


 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ


Ertinya: Antara amalan serta kebaikan yang sentiasa menyertai orang beriman selepas matinya adalah ILMU YANG DIAJAR SERTA DISEBARKANNYA (MELALUI PENULISAN DAN SEBAGAINYA), juga anak soleh yang ditinggalkannya, juga kebaikan yang diwariskannya, atau masjid yang dibinanya, atau rumah (persinggahan) yang dibina untuk orang musafir, atau sungai yang dialirkan airnya, atau sedekah yang dia keluarkan daripada hartanya ketika sihat,ketika hidup yang (semuanya) akan menyertainya selepas dia mati (Sunan Ibn Majah, hadith no 238).


Oleh sebab itu, Nabi Ibrahim AS selalu berdoa agar NAMA atau USIANYA KEKAL HARUM (KERANA BAKTINYA) pada orang kemudian:


وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ 


Ertinya: (Nabi Ibrahim AS berdoa) "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian;  (al-Syu'arak 26:84).


Ayuh tabur bakti dan sebar ilmu untuk PANJANGKAN USIA KITA WALAUPUN SELEPAS KITA MATI!


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

8 Jun 2020

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...