Friday, July 31, 2020

COVID 19 DAN PKPP MEMAKSA MANUSIA MEREBUT UNTA??

 COVID 19 DAN PKPP MEMAKSA MANUSIA MEREBUT UNTA??


Sebelum serangan C19 dan perlaksanaan PKP,  biasa dilihat orang yang lengah berlenggang ke Masjid pada hari Jumaat. Selepas PKP dilonggarkan ramai yang rindu berjemaah dan solat Jumaat. Oleh kerana tempat yang terhad mereka datang awal bagi merebut tempat. Hebat tentera Allah si Covid 19 ni... ia mampu memaksa kita melaksanakan hadith Nabi SAW ini:


عَن أبي هُرَيْرةَ قالَ: إذا كانَ يومُ الجمعةِ، جلَستِ الملائِكَةُ على أبوابِ المسجِدِ، يَكْتُبونَ كلَّ مَن جاءَ إلى الجُمعةِ، فإذا خَرجَ الإمامُ، طَوتِ الملائِكَةُ الصُّحفَ، ودخَلَت تَسمعُ الذِّكرَ قالَ: وقالَ النَّبيُّ ﷺ: المُهَجِّرُ إلى الجمعةِ كالمُهْدي بدَنةً، ثمَّ كالمُهْدي بقرةً، ثمَّ كالمُهْدي شاةً، ثمَّ كالمُهْدي دَجاجةً، ثمَّ كالمُهْدي حَسِبْتُهُ قالَ – بيضةً


Ertinya: Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat duduk pada pintu masjid untuk mencatat rekod setiap orang yang hadir ke Masjid. Apabila imam keluar (untuk berkhutbah) para malaikat akan menggulung senarainya (menutup rekod) dan masuk ke Masjid untuk mendengar peringatan (khutbah). Nabi SAW menyambung sabda; Orang yang bersegera hadir solat Jumaat pahalanya seumpama orang yang menyembelih unta, kemudian (yang datang selepas itu) seperti orang yang menyembelih lembu, kemudian kambing, ayam dan (akhirnya yang paling lambat) seperti bersedekah sebiji telur (sahaja) (Musnad Ahmad).


Ajaib cara Allah didik kita untuk sampai awal ke Masjid pada hari Jumaat. Semoga momentum ini kekal sampai akhir hayat. 


SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA..


Abdullah Bukhari 

31 Julai 2020 

(Hari Raya Idul Adha 1441H).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...