Sunday, January 27, 2019

KAKINYA TIADA SEBELAH, MUKANYA JERNIH

KAKINYA TIADA SEBELAH, MUKANYA JERNIH

Bertuah pagi ini kerana solat Subuh di belakang lelaki Afghanistan YANG KENAL HAK TUHANNYA walaupun kurang ni'mat sebelah kakinya. Apabila pandang wajahnya, subhanallah! Jernih sungguh. Muda lagi orangnya. Malu sungguh bagi manusia yang berkaki tapi KERAS HATI TAK MAHU SUJUD PADA ALLAH. Sujudlah sekarang sebelum kakimu keras tak mampu sujud di akhirat kelak.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan (al-'Ankabut 29:45).

Malang sungguh apabila lutut keras tak mampu sujud di akhirat kelak..

يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ ◇ خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ

(Ingatkanlah orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat), DAN MEREKA DISERU SUPAYA SUJUD MAKA MEREKA TIDAK DAPAT MELAKUKANNYA, - ◇ SAMBIL PANDANGAN MEREKA TUNDUK MALU, SERTA MEREKA DILIPUTI KEHINAAN; DAN SESUNGGUHNYA MEREKA (DI DUNIA) DAHULU TELAHPUN DISERU SUPAYA SUJUD (TETAPI MEREKA ENGGAN) SEDANG MEREKA DALAM KEADAAN SIHAT (al-Qalam  68:42-43).

Sujud! Sujud! Sujud dan sujudlah sekarang! Jangan ikut Iblis yang sombong tak mahu sujud!

- Abdullah Bukhari, Masjidil Haram @ 27 Januari 2019 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...