Wednesday, January 16, 2019

IBRAHIM AKAN DISUSUKAN 2 IBU SUSUAN SYURGA?

IBRAHIM AKAN DISUSUKAN 2 IBU SUSUAN SYURGA?

Antara kelebihan Rasulullah SAW adalah ahli keluarga baginda dilimpahi rahmat dan tuah baginda. Antara yang mendapat limpahan keberkatan baginda adalah anakanda baginda. Sabda Rasulullah SAW:

إن إبراهيم ابني، وإنه مات في الثَّدي، وإن له لظِئْرين تُكمِلان رضاعه في الجنة

Sesungguhnya Ibrahim adalah anak lelakiku.  Dia meninggal dunia dalam usia kecil ketika masih menyusu. Sesungguhnya dia ada 2 IBU susuan yang akan menyempurnakan tempoh susuannya dalam syurga kelak (Sahih Muslim).

Subhanallah! Kelengkapan tempoh susuan Ibrahim seiring dengan firman Allah ini:

  وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ

Ertinya: Dan para ibu hendaklah menyusukan bayi mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; .... (al-Baqarah 2:233).

- Abdullah Bukhari @ 15 Januari 2019 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...