Thursday, September 6, 2018

NAZAR GILA MAHU BERBOGEL ATAS BUKIT MEKAH?

NAZAR GILA MAHU BERBOGEL ATAS BUKIT MEKAH?

Gila manusia berbagai ragam. Sebuah riwayat menyebut kisah pelik nazar seorang lelaki:

عن سعيد بن جبير قال : رجاء رجل إلى ابن عباس فقال : إني نذرت أن أقوم على قعيقعان عريانا إلى الليل فقال : أراد الشيطان أن يبدي عورتك ، وأن يضحك عليك الناس ، البس ثيابك وصل عند الحجر ركعتين.

Sa'id bin Jubayr berkata pernah ada seorang lelaki bertemu dengan Abdullah bin 'Abbas dan berkata: "Aku bernazar untuk berdiri atas bukit Qu'ayqu'an (bukit di Mekah) secara BOGEL sampai malam." Abdullah bin 'Abbas lalu berkata: "Sebenarnya syaitan nak memperlihatkan auratmu dan jadikan kamu bahan tawa manusia. Pakailah pakaianmu dan solatlah di Hijir Ismail sebanyak 2 rakaat (itu lebih baik dan berfaedah daripada nazar bodoh itu) (Musannaf Ibn Abi Syaybah).

Kisah ini memang pelik, namun ia menunjukkan kegilaan manusia yang sudah lama wujud. Tanpa sedar agenda kegilaan atau kebodohan manusia berpunca daripada Syaitan yang mencetuskan berbagai idea gila. Ada gila MOGOK BOGEL, BERGAMBAR BOGEL dan sebagainya. Ini antara matlamat awal tipu daya syaitan pada ayahanda kita nabi Adam AS dahulu:

يَابَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا

Ertinya: Wahai anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup) (al-A'raf 7:27).

Kesimpulannya, idea menampakkan AURAT SECARA BERLEBIH atas nama fesyen (walaupun dengan tudung kepala) sebenarnya digerakkan oleh MUSUH AZALI MANUSIA. Berfesyen biar dalam pagar syariat dan jangan ditipu tanpa sedar oleh syaitan.

- Abdullah Bukhari Abdul Rahim @ 5 September 2018 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...