Wednesday, June 20, 2018

MINTA SEGERA MATI APABILA 6 PETANDA INI MUNCUL???

MINTA SEGERA MATI APABILA 6 PETANDA INI MUNCUL???

Hadith ini nampak pelik dan menghairankan. Saya dapati hadith ini masih diperselisihkan oleh para ulama hadith tentang status sahihnya. Pun begitu, marilah kita baca seketika agar ia menjadi LAMPU MERAH yang mengingatkan kita PETANDA BENCANA yang wajib kita jaga dan jauhi:

عَنْ زَاذَانَ أَبِي عُمَرَ عَنْ عُلَيْمٍ قَالَ
كُنَّا جُلُوسًا عَلَى سَطْحٍ مَعَنَا رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَزِيدُ لَا أَعْلَمُهُ إِلَّا عَبْسًا الْغِفَارِيَّ وَالنَّاسُ يَخُوضُونَ فِي الطَّاعُونِ فَقَالَ عَبَسٌ يَا طَاعُونُ خُذْنِي ثَلَاثًا يَقُولُهَا فَقَالَ لَهُ عُلَيْمٌ لِمَ تَقُولُ هَذَا أَلَمْ يَقُلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ فَإِنَّهُ عِنْدَ انْقِطَاعِ عَمَلِهِ لَا يُرَدُّ فَيُسْتَعْتَبَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بَادِرُوا بِالْمَوْتِ سِتًّا إِمْرَةَ السُّفَهَاءِ وَكَثْرَةَ الشَّرْطِ وَبَيْعَ الْحُكْمِ وَاسْتِخْفَافًا بِالدَّمِ وَقَطِيعَةَ الرَّحِمِ وَنَشْئًا يَتَّخِذُونَ الْقُرْآنَ مَزَامِيرَ يُقَدِّمُونَهُ يُغَنِّيهِمْ وَإِنْ كَانَ أَقَلَّ مِنْهُمْ فِقْهًا

Zadan Abi Umar meriwayatkan daripada ‘Ulaym, Pada suatu hari kami duduk di atas bumbung sebuah rumah berbincang berkenaan penyakit taun. Bersama kami pada waktu itu seorang sahabat nabi bernama ‘Abas al-Ghifari. Pada waktu itu Abas berdoa “Wahai Taun, ambillah nyawaku (sebanyak 3 kali). ‘Ulaym lalu berkata “Mengapa anda berdoa demikian, sedangkan Rasulullah SAW berpesan agar jangan sesekali kalian minta mati....Abas lalu berkata: “Aku pernah dengar baginda bersabda “Bersegeralah minta mati apabila muncul 6 petanda ini iaitu; (1) perlantikan si bodoh (orang jahil yang langsung tidak layak) sebagai ketua, (2) ramainya para penguatkuasa undang-undang (polis yang membantu kezaliman pemimpin yang jahat), (3) para hakim (pemimpin) yang senang dibeli (dengan rasuah), (4) darah manusia (yang lemah) menjadi ringan (murah serta senang ditindas dan dibunuh), (5) pemutusan hubungan silaturahim, (6) sekumpulan manusia menjadikan al-Quran sebagai nyanyian. Mereka mengutamakan orang yang bersuara sedap membaca al-Quran kepada mereka walau si pembaca itu kurang ilmunya berbanding yang lain (celaan kepada orang yang lebih mementingkan lagu al-Quran berbanding memahami, menghayati dan mengamalkan isinya) (Musnad Ahmad).

Sefaham saya, memang kita semua digalakkan membaca al-Quran dengan suara yang elok merangkumi tajwid dan tarannum (ada hadith khusus menggalakkan perkara ini). Amaran nabi SAW dalam hadith ini merujuk kepada keghairahan sesetengah orang dengan Tajwid dan Tarannum (seni lagu) sehingga menutup matlamat utama penurunan al-Quran iaitu – TADABBUR dan TATBIQ (perlaksanaan setiap ayatnya dalam hidup).

- Abdullah Bukhari @ 18 Jun 2018 @ 11.39 pm  -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...