Wednesday, March 21, 2018

MALAIKAT TAK PANAS KE DUDUK DALAM NERAKA?

MALAIKAT TAK PANAS KE DUDUK DALAM NERAKA?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Pagi ni (21 Mac 2014) semasa breakfast di Restoran Thaqwa Sri Gombak, Asma Sofiah (darjah 6) sibuk study subjek AKIDAH utk exam hari ini. Banyak soalan ditanya tentang Malaikat. Lalu keluar isu Malaikat Malik Zabaniyah penjaga neraka. Tiba-tiba Adna Solehah (darjah 4) bertanya:

"MALAIKAT DUDUK DALAM NERAKA TAK PANAS KE WALID?"

Terpegun saya dengan soalan logik sebegitu..Sebenarnya soalan seumpama itu pernah ditanya oleh Musyrikin Qurasyh kepada Rasulullah SAW dalam nada sindiran apabila Allah menyebut orang kafir bakal diazab dalam neraka dengan buah Zaqqum yg mengerikan. Juga apabila Allah menyatakan dalam neraka malaikatnya cuma 19..Lihat firman Allah ini:

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلَّا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآَنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا طُغْيَانًا كَبِيرًا

Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmuNya dan kekuasaan-Nya; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau  (al-Isra'[17:60]).

Juga firman Allah tentang jumlah malaikat neraka:

 سَأُصْلِيهِ سَقَرَ (26) وَمَا أَدْرَاكَ مَا سَقَرُ (27) لَا تُبْقِي وَلَا تَذَرُ (28) لَوَّاحَةٌ لِلْبَشَرِ (29) عَلَيْهَا تِسْعَةَ عَشَرَ (30) وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آَمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ (31)

Ertinya: (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah SEMBILAN BELAS (malaikat). Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan para pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami); dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang kafir itu, supaya orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang yang diberi Kitab dan orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang kafir berkata: "Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?" Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia  (al-Muddatthir[74:26-31]).

Setelah isu 19 Malaikat muncul..penggusti Quraysh yg kuat, Abu al-Asyad bin Asid bin Kaladah al-Jumhi mempersendakan al-Quran dgn katanya:

"Biar aku uruskan 17 malaikat, manakala aku tinggalkan 2 lagi untuk orang Quraysh.." (Tafsir al-Razi).

Abu al-Asyad ni pernah dicabar oleh Rasulullah SAW dgn janji akan beriman jika dikalahkan Rasulullah. Beliau dikalahkan berkali-kali oleh Rasulullah SAW tetapi tetap tidak beriman (Tafsir Ibn Kathir). Bayangkan betapa perkasanya Rasulullah SAW?

Seakan mereka sedia ke neraka jika malaikatnya cuma 19, dgn sindiran jika 19 malaikat neraka sudah ditewaskan, mereka tidak lagi diseksa dalam neraka.

JAWAPAN LOGIK UNTUK SOALAN TERSEBUT:

Ust Ahmad Sonhadji dlm Tafsirnya (Tafsir 'Abr al-Athir) menjawab..jika di dunia Allah mampu mencipta sesetengah bahan KALIS API SPT SUTERA SOKHRIY yg dipakai ahli bomba, maka tidak mustahil pokok Zaqqum dicipta dari jenis tahan api. Begitu juga para malaikat neraka.

Jumlah malaikat 19 bukanlah isu yg pelik utk difahami..Kuasa mereka yg luar biasa mampu mengawal ahli neraka. Lihat saja KUASA ALLAH YANG TUNGGAL TAPI MAMPU MENGAWAL SEGALA ISI ALAM...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...