Thursday, March 22, 2018

KAYANYA ALLAH, SERANGGA MENJADI PUNCA REZEKI...

KAYANYA ALLAH, SERANGGA MENJADI PUNCA REZEKI...

Oleh: Abdullah Bukhari  bin Abdul Rahim.

Hujung cuti sekolah (21 Mac 2015) berehat di De Palma Hotel, Kuala Selangor. Esok terus ke Sabak Bernam hantar anak sulung ke sekolah. Selepas asar tadi menjamu selera di Aroma Ikan bakar, Pantai Jeram.

Selesai maghrib menaiki bot menyusur Sungai Selangor melihat KELIP-KELIP di Kg Kuantan. Subhanallah! Itu ucapan yang mampu disebut. Kerana wujudnya sang kelip-kelip di sini pelancong dari seluruh dunia datang. Tadi terserempak dengan pelancong Korea.

Menurut pemandu bot, TNB menjadikan pemandu Bot sebagai anak angkat. Bot mereka ditaja penuh oleh TNB. Majlis Daerah Kuala Selangor juga bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta membangunkan Kg. Kuantan. Penduduk di sini mendapat pulangan rezeki yang baik...semuanya kerana sejenis serangga yang unik ini.

Jika berkesempatan ke sini, pilihlah di waktu bulan tidak mengambang. .eloknya pada 1-6 bulan hijri, barulah terang kelihatan kerlipan sang kelip-kelip. Anda mungkin melihat serangga ini berkelip, tapi saya melihat mereka sedang bertasbih dalam BAHASA MEREKA:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; DAN TIADA SESUATU PUN MELAINKAN BERTAMBAH DENGAN MEMUJINYA; AKAN TETAPI KAMU TIDAK FAHAM AKAN TASBIH MEREKA. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun (al-Isra'[17:44]).

Juga FirmanNya:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُسَبِّحُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالطَّيْرُ صَافَّاتٍ ۖ كُلٌّ قَدْ عَلِمَ صَلَاتَهُ وَتَسْبِيحَهُ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَفْعَلُونَ

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? MASING-MASING SEDIA MENGETAHUI (MENURUT KEADAAN SEMULA JADINYA) AKAN CARA MENGERJAKAN IBADATNYA KEPADA ALLAH DAN MEMUJINYA; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan (al-Nur [24:41]).

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...