Friday, August 25, 2017

MATAHARI PERNAH BERHENTI SEKETIKA KEPADA SEORANG NABI?

MATAHARI PERNAH BERHENTI SEKETIKA KEPADA SEORANG NABI?

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul`Rahim.

Antara isi kuliah 'APABILA MATAHARI BERSUJUD' suatu masa dahulu.. ..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ …………… فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلَاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Seorang nabi berperang ……. Lalu dia mendekati sebuah negeri (Palestin) ketika masuk waktu Asar atau hampir pada waktu itu, dia lalu berkata kepada matahari: Sesungguh kamu disuruh (oleh Allah untuk urusanmu) dan aku pun disuruh (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah untuk kami matahari ini (dari terbenam).  Maka matahari ditahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya 
(Sahih al-Bukhari & Muslim).

Siapakah nabi ini?

إِنَّ الشَّمْسَ لَمْ تُحْبَسْ لِبَشَرٍ إِلَّا لِيُوشَعَ لَيَالِيَ سَارَ إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ

Sesungguhnya matahari tidak (pernah) tertahan (pergerakannya) kepada mana-mana manusia melainkan Yusya’, iaitu pada malam dia bergerak menuju Bayt al-Maqdis (Musnad Ahmad).

Matahari sangat hebat...namun jangan disembah ia kerana kehebatan itu, sebaliknya sembahlah PEMILIKNYA:

وَمِنْ آَيَاتِهِ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَالشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا تَسْجُدُوا لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَاسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَهُنَّ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Dan antara tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. JANGANLAH KAMU SUJUD KEPADA MATAHARI DAN JANGANLAH PULA SUJUD KEPADA BULAN, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah (Fussilat[41:37]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...