KAWAN BERHUTANG MENINGGAL DUNIA DAN BELAJAR DARI MURID?
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Seorang murid bertanya...kawannya yang masih berhutang dengannya baru meninggal dunia. Bagaimana dengan nilai hutangnya? Ada yang kata dia perlu berhubung dengan isteri al-marhum kawannya. Murid saya ini baik orangnya, mahu sahaja dihalalkan tanpa perlu isteri kawannya tahu... lalu ini nasihat saya:
وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya: Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya DAN (SEBALIKNYA) BAHAWA KAMU SEDEKAHKAN HUTANG ITU (KEPADANYA) ADALAH LEBIH BAIK UNTUK KAMU, KALAU KAMU MENGETAHUI (PAHALANYA YANG BESAR YANG KAMU AKAN DAPATI KELAK) ( al-Baqarah [2:280]).
Kadangkala malu dengan murid yang lebih menghayati akhlak Islam berbanding diri sendiri. Inilah contoh pembelajaran sepanjang hidup..belajar dari guru, dari alam, dari pengalaman dan belajar juga DARI MURID...benar firman ALLAH ini..dalam setiap situasi pasti ada hikmah dan percambahan ILMU sehingga Rasulullah SAW pun disarankan berdoa agar ditambahi ilmu:
فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِالْقُرْآنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُقْضَىٰ إِلَيْكَ وَحْيُهُ ۖ وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Ertinya: Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya). Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu, DAN BERDOALAH DENGAN BERKATA: "WAHAI TUHANKU, TAMBAHILAH ILMU KU" (Tahap [20:114]).
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:
https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari
* Dapatkan buku penulis:
http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/
http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/
http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/
http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/
No comments:
Post a Comment