Monday, May 23, 2016

TANPA AL-QURAN SIAPALAH BUDAK TAHFIZ

TANPA AL-QURAN SIAPALAH BUDAK TAHFIZ

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

TAZKIRAH MOTIVASI DI MA'AHAD TAHFIZ INTEGRASI SELANGOR DI ALAM IMPIAN MALAM INI.

Cabaran para penghafaz al-Quran adalah 3... LUPA HAFAZAN...HILANG SEMANGAT...MALAS

Insya Allah malam ini saya akan berkongsi rasa dan pahit manis menghafaz al-Quran dengan para pelajar di MITS Alam Impian. Anak sulung saya bersekolah di sini dan pelajar batch beliau memerlukan motivasi. Alhamdulillah para gurunya sudah mantap memberikan motivasi, namun sesekeli perlu juga mereka dihidangkan dengan hidangan luar..ubah selera.

Saya juga akan berkongsi beberapa PANDUAN MENGATASI 3 PENYAKIT TERSEBUT...

- Kata sentap untuk diri saya dan mereka kelak adalah...

AL-QURAN ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA…JANGAN TIDUR!

WAKTU MUDA ADALAH EMAS.. JANGAN LEKA

CARILAH MASA.. JANGAN CARI DALIH

MULIAKAN AL-QURAN SETELAH AL-QURAN MEMULIAKAN ANDA

أَنَّ نَافِعَ بْنَ عَبْدِ الْحَارِثِ لَقِيَ عُمَرَ بِعُسْفَانَ وَكَانَ عُمَرُ يَسْتَعْمِلُهُ عَلَى مَكَّةَ فَقَالَ مَنْ اسْتَعْمَلْتَ عَلَى أَهْلِ الْوَادِي فَقَالَ ابْنَ أَبْزَى قَالَ وَمَنْ ابْنُ أَبْزَى قَالَ مَوْلًى مِنْ مَوَالِينَا قَالَ فَاسْتَخْلَفْتَ عَلَيْهِمْ مَوْلًى قَالَ إِنَّهُ قَارِئٌ لِكِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَإِنَّهُ عَالِمٌ بِالْفَرَائِضِ قَالَ عُمَرُ أَمَا إِنَّ نَبِيَّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْفَعُ بِهَذَا الْكِتَابِ أَقْوَامًا وَيَضَعُ بِهِ آخَرِينَ

Ertinya: Pada suatu hari Nafi' bin Abd al-Harith bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' dilantik sebagai wakilnya di Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi‘; "Siapa yang menggantimu di Mekah?" Jawab Nafi’, "Ibnu Abza." Tanya 'Umar; "Siapa Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Seorang bekas hamba antara beberapa bekas hamba kita." Tanya 'Umar, "Kamu harapkan seorang bekas hamba?" Jawab Nafi‘; “Dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi SAW pernah bersabda, SESUNGGUHNYA ALLAH MEMULIAKAN SUATU KAUM DENGAN KITAB INI (AL QUR'AN), DAN MENGHINAKAN YANG LAIN.“ (Sahih Muslim).

(Gambar ini adalah kenangan semasa menerima Diploma Tahfiz al-Quran tahun 1996. Bersama  saya adalah pesaing utama semasa belajar al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi Hashim).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...