Thursday, January 7, 2016

PERJALANAN SEBULAN JADI SEPARUH HARI

PERJALANAN SEBULAN JADI SEPARUH HARI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Alhamdulillah kaki menjejak halaman rumah tepat jam 2pm. Pagi tadi (7 Januari 2016 @ Khamis) bertolak dari Kuching jam 9:35 pagi. Perjalanan yang mencecah 980 km cuma memakan masa separuh hari sahaja. Inilah keajaiban ilmu Allah. Secara kiasan ia sudah lama disebut ketika Allah menceritakan Mukjizat nabi Sulayman AS:

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ ۖ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ ۖ وَمِنَ الْجِنِّ مَنْ يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَمَنْ يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ

Ertunya: Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: SE-PAGI PERJALANANNYA MENYAMAI PERJALANAN BIASA SEBULAN, DAN SE-PETANG PERJALANANNYA MENYAMAI PERJALANAN BIASA SEBULAN; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka (Saba'[34:12]).

Ayat yang kelihatan sukar difahami 1500 tahun dahulu, sudah menjadi perkara biasa pada zaman ini. Oleh itu,  bukalah mata hati anda untuk memahami al-Quran dari dimensi pelbagai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...