Wednesday, October 14, 2015

AWAL MUHARRAM

Dari Ustaz Abu Anas Madani:

بسم الله الرحن الرحيم
Muharram akan tiba lagi, tahun silih berganti dengan cepatnya, kita semakin menghampiri kiamat. Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan? Dalam persediaan itu jangan pula kita tersalah jalan tersasar dari yang sahih sehingga merugikan...

Ramai kalangan masyarakat  yang bertanya beberapa perkara yang agak keliru dikaitkan dengan bulan Muharram. Antaranya, Hijrah Rasulullah saw dikatakan berlaku pada 1 Muharram, Doa awal tahun dan buku catatan amalan ditutup dan dibuka yang  baru.

Agak pahit untuk menyampaikan, apatah lagi hendak ditelan,  tetapi kebenaran bukan untuk terus disimpan.

HIJRAH:

Hijrah Rasulullah saw ke Madinah bermula pada bulan Safar. Manakala sahabat2 lain ramai yang berhijrah beberapa bulan sebelum Baginda. Baginda sampai di Madinah pada bulan Rabi'ulAwwal bukan Bulan Muhartam. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Syafiyyurahman al-Mubarakfuri).

Maka timbul sedikit kekeliruan pada lirik sebuat nasyid yang popular suatu masa dahulu..."Satu Muharram detik permulaan.... perpindahan Nabi dan umat Islam.."

Muharram adalah bulan pertama dari 12 bulan dalam perkiraan orang-orang Arab sejak zaman jahiliyyah. Namun mereka tidak ada sistem tahun seperti sekarang. Maka khalifah Umar al-Khattab ra memutuskan, perkiraan tahun bagi umat Islam ialah bermula pada tahun hijrah Rasulullah saw. Pada tahun Rasulullah  berhijrah itu, Baginda berhijrah dari tempoh Safar hingga Rabiul Awwal, bukan dalam 1 Muharram.

DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN.

Doa itu adalah ibadah. Maka untuk mengkhususkan apa apa Doa ia mesti bersandarkan dalil yang Sahih. Justeru itu doa awal tahun dan akhir tahun, yang dibaca dengan kaifiyyat tertentu dikritik oleh para ulama’, kerana ia disandarkan kepada sebuah riwayat yang antaranya; ‘Menganjurkan dibaca doa itu 3 kali, dan syaitan pun dikatakan kecewa tidak dapat menggodanya pada tahun itu.'

Riwayat ini tidak ditemui asal usulnya oleh para ulama’. Ia dikemukakan dalam buku tertentu tanpa dinyatakan sanad dan sumber. Tiada dalam mana mana kitab hadith Mu'tabar, dan diputuskan sebagai riwayat yang  batil. Jadi, tidak boleh kita yakini bahawa ia adalah anjuran dalam Agama Islam.

CATATAN AMALAN:

Dikatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram. Dakwaan ini sebenarnya tidak didasari dengan dalil al-Quran dan hadith Nabi saw.

Hadis yang sahih yang menyebut tentang hal tersebut ialah:

1. Amalan diangkat dua kali setiap hari Pagi dan Petang:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya: 'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'" [Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar]

2. Amalan diangkat Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis):
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai." [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan]

3. Amalan diangkat setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan Aki suka amalanku diangkat dalam keadaan Aku sedang berpuasa.'" [Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.]

ANJURAN MEMPERINGATKAN TIBANYA MUHARRAM.

Dikatakan ada hadis supaya kita memperingatkan kehadiran bulan Muharram. Disebut juga orang yang memperingatkan kehadiran Muharram akan dibalas dengan ganjaran tidak dibakar api Neraka.

Hadis itu tidak dapat dikesan dari mana asal usulnya. Agak pelik bila lafaz yang digunakan dalam hadis tersebut adalah sama dengan lafaz hadis untuk bulan2 lain.

"Barangsiapa yg memperingatkan bulan syaaban...."
"Barangsiapa yg memperingatkan bulan zulhijjah...."
"Barangsiapa yg  memperingatkan bulan rejab..."

Berdasarkan panduan para ulama’ dalam mengenali hadis palsu, dan jika kita biasa dengan hadis hadis yang sahih, hadis ini perlu kita tawaqquf (jangan sebar, jangan beramal kerana hadis itu).
Sebarkanlh penjelasan tentangnya.

Kesimpulannya dalam kita ghairah utk beramal ibadah pastikan ia bersandarkan kpd Dalil yang Sahih.

Demikian juga jika kita hendak mengajak orang lain melakukan apa apa amala hendaklah kita pastikan ia berdasarkan dalil yang Sahih:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً، وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلاَ حَرَجَ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ ".
Nabi saw bersabda, maksudnya, "Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. Ceritakanlah tentang Bani Israel dan tidak mengapa (jika kamu tidak menyampaikannya atau jika kamu menyampaikannya). Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka siaplah tempat duduknya dalam Api Neraka." [Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dzukira Bani Israil]

#Dr Abdul Basith Abdul Rahman (AAM Muharram 1435H)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...