Thursday, January 1, 2015

CERMIN DIRI DAN LIHATLAH UBAN, KERUT DAN KEDUT DIRI ANDA

CERMIN DIRI DAN LIHATLAH UBAN, KERUT DAN KEDUT DIRI ANDA.

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

I Januari 2015. Ini adalah tazkirah umur dan tahun baru untuk SAYA dan anda semua.

Allah menempelak ahli neraka dengan kisah "belum berlaku" yang sangat ngeri:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِيرٍ

Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "BUKANKAH  KAMI TELAH MELANJUTKAN UMUR KAMU DAN MEMBERIKAN MASA YANG CUKUP UNTUK BERFIKIR DAN BERINGAT PADANYA OLEH SESIAPA YANG SUKA BERFIKIR DAN BERINGAT? DAN KAMU PULA TELAH DIDATANGI OLEH PEMBERI PERINGATAN (RASUL KAMI atau UBAN DI KEPALA) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan" (Fatir [35:37]).

Sungguh kiamat belum berlaku, namun kenapa Allah sudah menyebut peristiwa neraka? Tidak lain, ia berguna mengingatkan kita yang "MEMBACA & MENTADABBUR AL-QURAN" agar tidak terjerumus dalam ancaman ayat tersebut.

Pemberi peringatan muncul dalam berbagai bentuk.

1) LUARANNYA adalah isi al-Quran, sabda serta sunnah RASULULLAH SAW dan didikan para ulama' yang ikhlas.
2) DALAMANNYA pula apa yang terpamer pada diri kita setiap kali kita menatap cermin, uban, kerut kedut muka & tenaga yang semakin lemah:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan LEMAH, selepas berkeadaan LEMAH itu Ia menjadikan kamu KUAT. Setelah itu Ia menjadikan kamu LEMAH pula serta TUA BERUBAN. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa (al-Rum [30:54]).

Semoga SAYA dan semua yang membaca insaf dan bersedia ke alam seterusnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...