Wednesday, August 18, 2021

RASA SUKA BERDOA ADALAH ANUGERAH....

 RASA SUKA BERDOA ADALAH ANUGERAH....


 عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فُتِحَ لَهُ مِنْكُمْ بَابُ الدُّعَاءِ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَمَا سُئِلَ اللَّهُ شَيْئًا يَعْنِي أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ أَنْ يُسْأَلَ الْعَافِيَةَ...وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللَّهِ بِالدُّعَاءِ


Sesiapa yang dibuka untuknya pintu doa  (diberi kesedaran serta kemahuan untuk berdoa lengkap dengan adab dan syaratnya), maka sebenarnya sudah dibuka untuknya pintu rahmat (doanya dimakbulkan Allah dengan banyak cara seperti permintaan segera ditunai atau kesusahan dihapus). Antara doa hamba yang paling Allah suka adalah doa memohon kesejahteraan....Doa memberi manafaat kepada seseorang untuk mengangkat bencana yang sudah turun dan bakal turun. Oleh kerana itu, hendaklah kamu wahai hamba Allah sentiasa berdoa (Sunan al-Tirmidhi).


Doa adalah ibadat! Bukan semua orang ringan jasad dan jiwa untuk beribadat. Bersyukurlah kepada Allah jika anda selalu digerakkan Allah untuk berdoa. Berdoa besar manafaatnya, sedangkan modalnya sangat sedikit dan mudah..cuma perlu gerakkan hati jantung dan lidah sahaja. Alangkah ruginya manusia yang malas berdoa.


Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim  


18 Ogos 2019

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...