*AKHIRNYA BERJAYA KHATAM AL-QURAN DALAM RAMADHAN SELEPAS BEDAH MATA DENGAN PROF MUHAYA????*
Dato’ Syed menceritakan minatnya untuk mendalami al-Quran berpunca daripada satu peristiwa yang berlaku kepadanya dahulu. Beberapa tahun lepas beliau menjalani pembedahan mata dengan Prof. Muhaya iaitu seorang pakar mata yang juga penceramah motivasi dakwah terkenal di Malaysia.
Sebelum pembedahan dijalankan, Prof Muhaya menenangkannya dengan berkata:
“Dato'! Sila baca surah al-Fatihah dan ayat yang Dato’ hafaz. Kemudian baca doa ini, YA ALLAH SEMBUHKAN MATA SAYA SUPAYA DALAM BULAN RAMADHAN AKAN DATANG SAYA DAPAT KHATAM AL-QURAN”.
Bertitik tolak daripada doa dan janjinya itu, beliau berjaya mengkhatamkan al-Quran dalam bulan Ramadhan berikutnya. Saya terkesima dan terpegun mendengar kisah ini. Ia adalah contoh praktikal dalam dakwah. Setiap dari kita adalah pendakwah. Berdakwahlah dengan hikmah dan kreatif sebagaimana firman Allah ini:
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Ertinya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (al-Nahl 16:125).
Alhamdulillah, Prof. Dr. Muhayya mendapat saham pahala yang tiada tolok bandingnya pada setiap 6236 ayat al-Quran yang ditekuni oleh Dato’ Syed Muhammad bermula Ramadhan tersebut dan seterusnya. Benar sekali sabda Rasulullah SAW:
إِنَّ الدَّالَّ عَلَى الْخَيْرِ كَفَاعِلِهِ
Ertinya: Orang yang menunjukkan kepada perbuatan yang baik (akan mendapat pahala yang sama) seperti pembuatnya (Sunan al-Tirmidhi hadith no 2594).
*Ini petikan isi buku saya yang diterbitkan PTS tahun 2014. Kisah diceritakan sendiri murid saya Tan Sri Syed Muhammad. Semoga ia menjadi peransang untuk kita yang punyai MATA SIHAT dapat khatam al-Quran dalam Ramadhan tahun ini kerana belum tentu Ramadhan akan datang milik kita.*
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
23 April 2020.

No comments:
Post a Comment