JANGAN JADI MANUSIA YANG RUGIKAN DIRI SENDIRI DAN AHLI KELUARGA.
RUGI! Ia adalah perkataan yang digeruni oleh semua orang. Jika diberi pilihan antara RUGI dan UNTUNG pasti semua menolak RUGI dan merebut UNTUNG. Tahukah kita! Dalam aspek material manusia sangat teliti agar tidak ditimpa RUGI, namun dalam aspek rohani manusia seakan tidak endah jika RUGI melanda...Jarang kita dengar orang risau bila lafaz ini diucap..
RUGINYA kerana terlepas solat subuh jemaah di Masjid..
RUGINYA kerana tak banyak baca al-Quran semalam..
RUGINYA kerana tak sempat duduk menghadap si ulama yang datang ziarah...
Kali ini saya ingin kongsi satu RUGI ROHANI yang menimpa manusia di akhirat kelak. Semoga Allah selamatkan kita daripada RUGI INI.. Firman Allah:
وَتَرَاهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا خَاشِعِينَ مِنَ الذُّلِّ يَنْظُرُونَ مِنْ طَرْفٍ خَفِيٍّ وَقَالَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ الْخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا إِنَّ الظَّالِمِينَ فِي عَذَابٍ مُقِيمٍ
Ertinya: Dan engkau juga akan lihat mereka (ahli neraka) didedahkan kepada neraka dalam keadaan tunduk membisu dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai) sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut). Dan orang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri dan ahli keluarganya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal" (al-Syura 42:45).
Ahli neraka merugikan diri sendiri kerana menjerumuskan diri ke dalam neraka walaupun peluang bebas neraka dibuka luas oleh Allah semasa di dunia dahulu dengan hadirnya petunjuk agama yang jelas.
Mereka turut merugikan ahli keluarga dalam 2 sudut:
1) Merugikan ahli keluarga kerana turut mengheret mereka ke dalam neraka. Setelah bersama dalam neraka, ahli keluarga tak dapat membantu mereka.
2) Jika ditakdirkan ahli keluarga mereka berada dalam syurga, mereka turut menanggung rugi kerana terpisah jauh dari ahli keluarga yang pernah dicintai di dunia dahulu.
Lalu, bagaimana kita boleh selamatkan diri daripada musibah RUGI akhirat ini? Jadilah orang beriman dan didiklah ahli keluarga untuk turut berkongsi panji iman...Cukuplah ayat ini menjadi perangsang:
وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amalan mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur 52:21).
"Ya Allah! Selamatkan kami daripada rugi dunia dan rugi akhirat!"
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
18 December 2019.

No comments:
Post a Comment