SEBELUM ANAK2 EXAM SELESAIKAN HAK GURU!!
Pagi ini semasa hantar Asma Sofiah untuk tuisyen sebelum SPM, isteri saya melaporkan hutang tuisyen yang belum dibayar. Ada yuran Taekwondo anak ketiga, ada tuisyen Fizik, Kimia dan sebagainya.
Saya kata:
"Kita perlu SELESAIKAN semua yuran ini tepat pada masa kerana ia HAK ORANG. Perkara ini jangan ditangguh apatah lagi dipandang remeh kerana ia boleh menjejaskan keberkatan hidup kita dan anak2. Bimbang juga apabila hak para guru tidak dipenuhi, ia menjadi sebab anak2 kita buntu dalam exam nanti."
Anak saya bersekolah di sekolah swasta. Yuran mereka akan segera saya selesaikan walaupun ada halangan dan kesempitan. Ia hak guru dan sekolah yang mendidik anak2 kita. Pernah dengar rungutan pihak pengurusan sekolah dengan TUNGGAKAN YURAN sesetengah ibu bapa yang mencecah RIBUAN. Janganlah bertindak begitu kepada orang yang berjasa mendidik anak kita. Praktikkan sabda nabi ini:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطُوا الْأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ
Ertinya: Abdullah bin ‘Umar berkata Rasulullah SAW bersabda “Berikan upah kepada orang yang diupah (pekerja) sebelum kering peluhnya (Sunan Ibn Majah).
Apa yang lebih membimbangkan saya bukan hanya hilang keberkatan hidup di dunia, tapi ditimpa MUFLIS AKHIRAT:
أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ
Ertinya: Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis dalam kalangan kami adalah orang yang tidak miliki dirham dan tidak pula miliki harta/barang.” Rasulullah menyambung: “Orang yang muflis daripada umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun dia juga datang membawa dosa kezaliman. Dia pernah cerca si ini, tuduh tanpa bukti si ini, makan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya, kebaikannya diberi kepada si ini, si anu dan si itu. Apabila kebaikannya habis dibahagikan kepada orang yang dizaliminya sedangkan kezalimannya belum tertebus, diambil pula kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Sahih Muslim).
Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
27 Oktober 2019, sambil menunggu flight ke Singapore untuk program besok pagi.

No comments:
Post a Comment