Thursday, May 9, 2019

RINGKASAN JUZUK 4 SEMPENA HARI KE 4 RAMADHAN (Khamis, 9 Mei 2019).

RINGKASAN JUZUK 4 SEMPENA HARI KE 4 RAMADHAN (Khamis, 9 Mei 2019).

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Mengandungi surah Ali 'Imran (3:92-200) & al-Nisa'  (4:1-23). Antara isi juzuk:

- Apa bentuk sedekah terbaik? (92).

- Asal usul makanan yang haram kepada Bani Israil (93).

- Kaabah adalah rumah ibadat pertama dibina dan ayat yang mensyariatkan haji (96-97).

- Kepentingan berpegang pada agama Allah (103).

- Umat Islam dinobatkan sebagai umat terbaik, namun ia diikat dengan syarat. Apa syarat itu? (110).

- Perihal perang Uhud & pengajarannya (121-155).

- Mengantuk adalah bantuan Allah kepada tentera Muslimindalam perang Uhud (154).

- Rasulullah SAW akan mati seperti para nabi lampau. Ayat ini dibaca oleh Abu Bakar sejurus selepas kewafatan Rasulullah SAW (144)

- Kelebihan mati syahid (169-171).

- Ayat berkaitan kelebihan berfikir (190-194).

- Pujian Allah kepada sebahagian ahli kitab yang soleh. Mengapa nabi solat jenazah ghaib untuk al-Najasyi? (199).

Surah al-Nisa';

- Asal kejadian manusia daripada Adam dan Hawwa' (1).

- Hukum berkaitan hak anak yatim, poligami, Faraidh dan Mahram perkahwinan (2-23).





https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214439922457252&id=1394678315

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...