Sunday, May 5, 2019

RAMADHAN: BEZA ANTARA 2 INSAN SEUMPAMA LANGIT DAN BUMI..

RAMADHAN: BEZA ANTARA 2 INSAN SEUMPAMA LANGIT DAN BUMI..

Alhamdulillah... malam ini kita mulakan Ramadhan dan Qiyam.. sehingga semalam (4 MEI 2019) cuba kira BERAPA RAMAI TEMAN SAHABAT KITA YANG DIJEMPUT ALLAH TANPA SEMPAT MENI'MATI RAMADHAN..
?

Perhatikan hadith perihal 2 sahabat nabi  yang berbeza tahun matinya ini:

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ بَلِيٍّ قَدِمَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ إِسْلَامُهُمَا جَمِيعًا فَكَانَ أَحَدُهُمَا أَشَدَّ اجْتِهَادًا مِنْ الْآخَرِ فَغَزَا الْمُجْتَهِدُ مِنْهُمَا فَاسْتُشْهِدَ ثُمَّ مَكَثَ الْآخَرُ بَعْدَهُ سَنَةً ثُمَّ تُوُفِّيَ قَالَ طَلْحَةُ فَرَأَيْتُ فِي الْمَنَامِ بَيْنَا أَنَا عِنْدَ بَابِ الْجَنَّةِ إِذَا أَنَا بِهِمَا فَخَرَجَ خَارِجٌ مِنْ الْجَنَّةِ فَأَذِنَ لِلَّذِي تُوُفِّيَ الْآخِرَ مِنْهُمَا ثُمَّ خَرَجَ فَأَذِنَ لِلَّذِي اسْتُشْهِدَ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيَّ فَقَالَ ارْجِعْ فَإِنَّكَ لَمْ يَأْنِ لَكَ بَعْدُ فَأَصْبَحَ طَلْحَةُ يُحَدِّثُ بِهِ النَّاسَ فَعَجِبُوا لِذَلِكَ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثُوهُ الْحَدِيثَ فَقَالَ مِنْ أَيِّ ذَلِكَ تَعْجَبُونَ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا كَانَ أَشَدَّ الرَّجُلَيْنِ اجْتِهَادًا ثُمَّ اسْتُشْهِدَ وَدَخَلَ هَذَا الْآخِرُ الْجَنَّةَ قَبْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَيْسَ قَدْ مَكَثَ هَذَا بَعْدَهُ سَنَةً قَالُوا بَلَى قَالَ وَأَدْرَكَ رَمَضَانَ فَصَامَ وَصَلَّى كَذَا وَكَذَا مِنْ سَجْدَةٍ فِي السَّنَةِ قَالُوا بَلَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَا بَيْنَهُمَا أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Ertinya:  Talhah bin Ubaydillah RA menceritakan, pada suatu hari 2 orang lelaki dari Suku Baliyy datang bertemu Rasulullah SAW. Keduanya mereka memeluk islam secara serentak. Seorang daripada mereka begitu bersemangat untuk berjihad berbanding yang seorang lagi, lalu dia menyertai perang dan gugur syahid. Kemudian yang seorang lagi terus hidup selepasnya selama setahun kemudian dia pun meninggal dunia.

Talhah menyambung: “Pada suatu hari aku bermimpi bersama mereka berdua berada di pintu syurga, kemudian keluar malaikat dari syurga lalu menjemput lelaki yang lewat mati memasuki syurga, kemudian malaikat tadi keluar lagi dan menjemput lelaki yang gugur syahid lebih awal itu memasuki syurga. Malaikat kemudiannya datang semula kepadaku dan berkata: “Pulanglah dahulu, kerana giliranmu memasuki syurga masih belum sampai.”

Menjelang pagi Talhah menceritakan mimpinya itu kepada orang ramai. Mereka berasa hairan dengan mimpinya itu. Lalu perkara itu sampai kepada Rasulullah SAW dan mereka menceritakannya kepada baginda. Tanya baginda: “Apa yang menghairankan kamu semua?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah SAW! Lelaki ini lebih bersemangat berjihad berbanding seorang lagi, kemudian dia memperoleh syahid, akan tetapi mengapa kawannya yang mati selepasnya lebih dahulu memasuki syurga.”

Jawab Nabi SAW: “Bukankah lelaki ini telah hidup selepas kawannya yang mati syahid itu selama setahun?” Jawab mereka: “Benar.” Sambung baginda lagi: “Bukankah dia telah mendapati bulan Ramadhan dan berpuasa dalamnya dan telah mendirikan banyak rakaat solat dalam setahun itu?” Jawab mereka: “Benar.” Sabda Nabi SAW lagi: “Maka beza antara mereka lebih jauh daripada langit dan bumi.” (Sunan Ibn Majah).

Semoga kita benar2 bersyukur dengan ni'mat Ramadhan tahun ini dengan pengisiannya kerana BELUM TENTU ESOK ATAU RAMADHAN TAHUN HADAPAN MILIK KITA...

- Abdullah Bukhari @ 5 Mei 2019, 10:25 pm -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...