INGAT KRISMAS INGAT SURAH MARYAM
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Semua nabi termasuk Isa AS adalah watak kesayangan umat Islam. Jika ada sesiapa yang mencela atau menafikan kemuliaan mereka, maka akidahnya akan runtuh menyembah dasar neraka. Beriman kepada semua nabi dan Rasul adalah rukun Iman yang wajib ditegakkan semua Muslim. Jika satu daripadanya dicabut, maka rumah Islam akan tersungkur tanpa nilai. Firman Allah:
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ
Ertinya: Katakanlah (wahai orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada para nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu - Yahudi dan Nasrani - membezakannya); dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata" (al-Baqarah [2:136]).
Umat Islam sangat mencintai Nabi Isa AS. Baginda dipuji dengan gelaran Rasul Ulul Azmi atau Utusan Allah yang sangat teguh keazamannya dalam dakwah (al-Ahzab [33:7], al-Syura [42:13] dan al-Ahqaf [46:35]). Pada tempat lain, al-Quran membela nabi Isa AS dengan cara yang lebih unik ketika baginda dicaci orang Yahudi sebagai anak luar nikah:
إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا
Ertinya: Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, DAN NABI ISA, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur (al-Nisa’ [4:163]).
Susun atur (kronologi) zaman para nabi dalam ayat ini kelihatan agak janggal kerana Allah meletakkan kedudukan nama nabi Isa AS selepas anak-anak nabi Ya’qub, sedangkan baginda diutuskan jauh selepas zaman mereka. Allah sebagai Tuhan yang Maha Bijaksana pasti mempunyai sebab yang kukuh dalam penyusunan ini.
Subhanallah! Rupanya Allah mahu membela serta mengangkat nama baginda seiring dengan para nabi Bani Israil (bermaksud anak-anak nabi Ya’qub AS) yang lain. Pembelaan ini dibuat kerana Bani Isra’il sezaman baginda menuduh baginda sebagai anak luar nikah (rujuk ayat 156 surah al-Nisa’) (Tafsir al-Alusi dan Tafsir Fath al-Qadir oleh Imam al-Syawkani). Seolah Allah mahu menempelak mereka secara sinis:
“Jangan sesekali kamu mencela nabi Isa AS sebagai anak luar nikah atau menafikan kenabiannya kerana Aku sendiri memuliakannya serta meletakkan namanya sejurus nama anak keturunan nabi Ya’qub yang lain!”
Menjelang 25 Disember setiap tahun penganut agama Kristian bergembira dengan kelahiran nabi Isa AS yang dipercayai sebagai anak Tuhan. Persoalannya, adakah benar 25 Disember tarikh lahir baginda? Allah sahaja yang Maha Mengetahui kesahihannya. Walaupun begitu, al-Quran memang menyebut dengan jelas kisah kelahiran baginda:
فَأَتَتْ بِهِ قَوْمَهَا تَحْمِلُهُ قَالُوا يَامَرْيَمُ لَقَدْ جِئْتِ شَيْئًا فَرِيًّا (27) يَاأُخْتَ هَارُونَ مَا كَانَ أَبُوكِ امْرَأَ سَوْءٍ وَمَا كَانَتْ أُمُّكِ بَغِيًّا (28) فَأَشَارَتْ إِلَيْهِ قَالُوا كَيْفَ نُكَلِّمُ مَنْ كَانَ فِي الْمَهْدِ صَبِيًّا (29) قَالَ إِنِّي عَبْدُ اللَّهِ آتَانِيَ الْكِتَابَ وَجَعَلَنِي نَبِيًّا (30) وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ وَأَوْصَانِي بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا (31) وَبَرًّا بِوَالِدَتِي وَلَمْ يَجْعَلْنِي جَبَّارًا شَقِيًّا (32) وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا (33) ذَلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ (34) مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (35) وَإِنَّ اللَّهَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ (36)
Ertinya: Kemudian baliklah dia (Maryam) kepada kaumnya dengan mendokong anaknya. Mereka (Bani Isra’il) pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!" Wahai saudara perempuan Harun (gelaran sempena mengingat kesolehan Maryam yang diibaratkan seperti kesolehan nabi Harun), bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!" Maka Maryam segera mengisyarat kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?" Dia (Nabi Isa AS) menjawab:" Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi.
Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup." Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)". Yang demikian sifatnya itulah Isa anak lelaki Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila Dia mahu menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka Dia hanya berfirman kepada perkara itu: "Jadilah engkau", lalu ia terus jadi (atau wujud). Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus " (Maryam [19:27-36]).
Menurut al-Quran, Maryam AS dikurniai keajaiban atau “karamah” mengandungkan nabi Isa. Sejurus selepas dilahirkan, Allah turut mengurniakan “IRHAS” (keajaiban yang menjadi petanda kenabian) kepada nabi Isa yang berbicara ketika bayi. Bicara baginda itu bertujuan membela kesucian ibunya serta membawa mesej Allah yang jauh lebih logik dari “khurafat lelaki berjanggut putih menunggang rusa terbang dari Kutub Utara pada malam Krismas.” Berikut adalah beberapa matlamat kelahiran nabi Isa AS menurut al-Quran:
- Nabi Isa AS adalah hamba Allah dan bukannya anak Tuhan. Perkara ini turut ditegaskan baginda dalam ayat lain (al-Ma’idah [5:72 dan 117]). Oleh itu, semua manusia wajib meluruskan akidah mereka dengan hanya bertuhankan Allah.
- Nabi Isa AS akan dilantik menjadi Rasul dan diberikan Kitab Injil sebagai pembimbing manusia zamannya. Antara misi dan isi utama ajaran baginda adalah memberi khabar gembira tentang kelahiran nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman yang akan melengkapkan ajaran baginda (al-Saff [61:6]). Oleh itu, semua manusia selepas zaman nabi Isa AS wajib beriman kepada al-Quran.
- Nabi Isa AS adalah manusia yang penuh berkat. Berkat bermaksud KEBAIKAN YANG BANYAK. Selepas diutuskan, nabi Isa membawa banyak kebaikan kepada manusia dengan membawa mereka mengenal Allah. Umat Islam perlu memiliki keberkatan ini dengan menjadi sebab Islam tersebar.
- Nabi Isa berpesan agar solat dan zakat sentiasa ditunaikan. Kedua perkara ini menjadi isi syariat semua nabi. Kegagalan menunaikan kedua ini akan menjadikan manusia jahat (Maryam [19:59]).
- Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Arahan ini juga menjadi intisari para Rasul sebelum nabi Isa AS (al-Baqarah [2:83]).
Semoga kedatangan hari Krismas bukan hanya menjadi hari cuti tidak berisi bagi kita, sebaliknya menjadi tarikh mendekatkan kita semua kepada surah Maryam yang mengisahkan betapa baginda adalah pembawa rahmat kepada seluruh manusia seperti saudara baginda atau Rasulullah SAW.
Great article translated from Abdullah Bukhari Abdul Rahim page. Jesus and Mary from Islamic point of view
REMEMBER CHRISTMAS REMEMBER SURAH MARYAM
=============================================
All the prophets including Isa a.s. (Jesus p.b.u.h) are the beloved people of the Muslims. If anyone criticizes or denies their greatness, his faith will crumble upon the depths of hellfire. Belief in all the prophets is the pillar of Faith which is obligatory for all Muslims. If one of these components is deprived, then the foundation of Islam will collapse and remain utterly worthless

Which means: "We believe in Allah and in what has been sent down to us, and that which was revealed unto Abraham, and Ishmael, and Isaac, and Yaakub, and their children, and to what was given to Moses and the Prophet, and to what was given to the prophets from their Lord, we did not distinguish between one of them (as you - Jews and Christians - distinguish them) ; and we are all Muslims (surrender, submit) to Allah alone "(al-Baqarah [2: 136]).
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ
Muslims really love Isa a.s.. He was praised with the title of prophet of ‘Ulul Azmi’ or the Messenger of Allah who was very steadfast in his mission (al-Ahzab [33: 7], al-Syura [42:13] and al-Ahqaf [46:35]). In some other places, the Qur'an defends the prophet Isa a.s. in a very unique way, when he was scorned by the Jews as an illegitimate child :
ِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا
Which means: “We have revealed unto thee (O Muhammad) as We revealed to Noah and the Messengers sent from him; and We have also given revelation to Abraham, and Prophet Ismail, and Isaac, and Jacob, and Prophets of his seed, AND THE PROPHET OF ISA, and Prophet Job, and Jonah, and Aaron, and Solomon; and We have given to David: The Book of Zabur” (al-Nisa '[4: 163]).
The prophetic period (chronology) of the prophetic verse in this verse seems rather awkward because God placed the name of the prophet of Isa a.s. after the sons of the prophet Ya'qub, while Isa a.s. was sent to the people much longer period of time after them . God as the Wise Lord certainly must have a strong reason for this arrangement.
Subhanallah! Apparently God wanted to defend and elevate his name with the other prophets of the Children of Israel (meaning the sons of the Prophet Ya'qub a.s). This defense was made because the contemporary Bani Isra'il accused him of being an illegitimate offspring (refer to verse 156 surah al-Nisa ') (Tafsir al-Alusi and Tafsir Fath al-Qadir by Imam al-Syawkani). This is as if God is being cynical towards them.
"Do not insult the prophet Isa a.s. by calling him an illegitimate child or deny his prophethood because I myself glorify him and put his name right after the other descendants of the Prophet Ya'qub!"
By December 25 every year Christian believers rejoice with the birth of Isa a.s. prophet who is believed to be the son of God. The question is, is it true that December 25 is his date of birth? Allah alone is the All-Knower of its authenticity. However, the Quran clearly mentions his birth:

Which means: Then turn her (Maryam or Mary) to her people by holding her son. They (the Children of Israel) cried to her, saying: O Maryam! You have done a great deal of mischief! "O sister of Aaron (the title in remembrance of Maryam's piety as the piety of the prophet of Aaron), your father is not a morally corrupt man, and your mother is not an evil woman!" So Maryam immediately signaled to her son. They said (with wonder): "How can we speak to someone who is still a child in a cradle?"
He (the Prophet Isa a.s.) said: "I am indeed a servant of Allah, He has given me the Book, and has made me a Prophet. And He made me a blessing wherever I am, and commanded me to pray and pay zakat as long as I live. And (commanded me) to obey and do good to my mother, and He did not make me an arrogant or rebellious person. Peace be upon me on the day I was born and on the day I die, and on the Day when I shall be raised up (to life). “
That is Isa a.s., the son of Maryam - the word of truth about which they are in dispute. It is not right for Allah to have a son. Glory to Him. When He wants to establish a thing, then He simply says to it: "Be ", then it will continue (or exist). And lo! Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. This is the Straight Path. "(Maryam [19: 27-36]).
According to the Qur'an, Maryam a.s is granted a miracle or "karamah" by being pregnant with the prophet Isa. Immediately after birth, God also gave "IRHAS" (the prophetic sign) to the prophet Jesus who spoke when he was a baby. His speech was directed towards defending his mother's holiness and bringing the message of Allah, a message being more logical than the ‘white bearded man riding a flying deer from the Artic on Christmas Eve’
Here are some of the prophetic missions of the Prophet Isa a.s. in the Qur'an:
- Prophet Isa a.s. is a servant of God and not a son of God. This is also affirmed by him in other verses (al-Ma'idah [5:72 and 117]). Therefore, mankind is obliged to straighten their faith by worshipping God alone.
- The Prophet Isa a.s. was to be appointed a messenger and given the Gospel as guidance of his time. Among the main missions and teachings is to bring glad tidings about the birth of the prophet Muhammad s.a.w as the final prophet who will complete his teachings (al-Saff [61: 6]). Therefore, all mankind after the time of Prophet Isa AS must believe in the Qur'an.
- Prophet Isa a.s. is a blessed man. Blessing means A LOT OF GOODNESS. After being chosen as the messenger, the prophet Isa a.s brought a lot of goodness to his people by bringing them closer to God. Muslims need to have this blessing in Islam to make the religion more widespread.
- Prophet Isa a.s ordered that prayers and zakat always be fulfilled. These two elements form the essence of all divine laws of all the prophets. This failure to fulfill this will make mankind evil (Maryam [19:59]).
- Being kind to our parents. This command also becomes the essence of the teachings of prophets before the Prophet Isa a.s (al-Baqarah [2:83]).
May the arrival of Christmas be not just a plain holiday for us, but also a significant date that can bring us closer to Surah Maryam that informs us about the bringer of mercy to all mankind like his brother, Muhammad s.a.w.
Article translated from Abdullah Bukhari Abdul Rahim page
Have a happy holiday!
(Translated by Azlan Abu Hasan)

No comments:
Post a Comment