Sunday, November 5, 2017

SENI DOA UNTUK ANAK-ANAK SPM

SENI DOA UNTUK ANAK-ANAK SPM

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

"Ya Allah! Mudahkan anakku menjawab peperiksaan dan berikanlah dia keputusan cemerlang  SUPAYA KELAK DIA  BOLEH BERBAKTI PADA AGAMA-MU."

Antara seni doa yang berkesan mendapat kemakbulan Allah adalah meletakkan keutamaan pada Allah mengatasi kehendak kita. Perhatikan  doa nabi Ibrahim ini:

رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Ertinya: (Nabi Ibrahim berdoa) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohinya. WAHAI TUHAN KAMI, (MEREKA DITEMPATKAN DI SITU) SUPAYA MEREKA MENDIRIKAN SOLAT (DAN MEMAKMURKANNYA DENGAN IBADAT). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur (Ibrahim  [14:37]).

Sebenarnya baginda mahu agar keluarganya yang ditinggalkan di Mekah sentiasa selamat sejahtera, namun baginda tidak memohon begitu. Sebaliknya baginda memohon supaya hak Allah dilaksanakan ahli keluarganya iaitu "MENDIRIKAN SOLAT." Logiknya, mana mungkin mereka mampu dirikan solat jika mereka tidak dijaga terlebih dahulu oleh Allah!

Ini antara seni doa yang boleh kita lakukan bagi menjamin pemakbulan daripada Allah.

Selain itu, doa kita sebagai ibu bapa mudah menerjah awan naik ke langit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْوَالِدِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Ertinya: 3 jenis doa yang tiada keraguan pada penerimaannya (oleh Allah), iaitu doa (ibu) bapa kepada anaknya (sama ada doa yang baik atau buruk), doa orang musafir dan doa orang yang sedang dizalimi (Sunan Abu Dawud).

Aturlah doa dengan betul semoga ia menjadi sebab pemakbulan luar biasa oleh Allah!

- 9:46 pm @ 4/11/2017 -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...