Wednesday, June 14, 2017

HADITH BERUBAT DENGAN AIR LIUR DAN TANAH

HADITH BERUBAT DENGAN AIR LIUR DAN TANAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

Antara satu teknik perubatan yang pernah dibuat baginda  Rasulullah SAW akan membasahkan jarinya dengan air liurnya lalu ditekan jari tersebut ke tanah sehingga melekat sebahagian debu tanah lalu  disapu pada tempat luka/sakit dengan bacaan:

بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Dengan nama Allah, (inilah) Tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami, (dengannya) menyembuhkan sakit kami, dengan izin Tuhan Kami (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Dalam perbincangan para ulama' ada yang khususkan tanah dan air liur ini untuk bumi Madinah dan air liur Rasulullah SAW sahaja, namun ada yang menyatakan ia terbuka untuk semua bumi dan individu.

Mungkin para sahabat boleh tolong tambah dan ulas untuk penambahan ilmu bersama.

Saya selalu terfikir mengapa TANAH? Tayammum dengan tanah, samak jilatan anjing pun dengan air tanah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...