Thursday, May 28, 2015

ROH ORANG YANG MATI...TIDAK BOLEH BALIK KE DUNIA

Oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim pada 16hb April 2015

Perihal ROH adalah perkara ghaib yang HANYA DIIMANI BERDASARKAN PERKHABARAN WAHYU  (Al-Quran dan Sunnah yang SAHIH). Jika sebarang perkara ghaib diminta sebar tanpa sandaran dari kedua sumber Islam itu, usah bermain api berdusta atas nama Allah.

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml [27:65]).

Roh orang yang mati TIDAK BOLEH BALIK KE DUNIA.

حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (al-Mu'minun [23:99-100]).

PERKATAAN BARZAKH DALAM AYAT INI BERMAKSUD DINDING PEMISAH YANG TAK BOLEH DITEMBUSI SAMPAI KIAMAT...

Jika ayat di atas dikaitkan dengan orang kafir..maka benar ia tak boleh...jika dikatakan hanya roh yang beriman dibenarkan pulang..pun karut juga sebab ni'mat barzakh sudah cukup hebat utk mereka..apa perlu lagi mereka pulang ke dunia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...