Monday, March 16, 2015

KEPIMPINAN AGAMA DIPEROLEHI DENGAN SABAR DAN YAQIN

KEPIMPINAN AGAMA DIPEROLEHI DENGAN SABAR DAN YAQIN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Rutin pagi Sabtu dan Ahad saya di Surau Nur al-Syura, Bandar Baru Selayang Fasa 2B adalah mengimamkan solat subuh. Saya membaca 1 muka surat untuk 2 rakaat bermula dari juzuk 21. Selesai solat saya akan ulas secara ringkas (10-15 minit sambil duduk di tikar solat) isi ayat yang dibaca.

Tazkirah subuh pendek pagi ini (14 Mac 2015) mengulas ayat surah al-Sajdah.  Antara ayat yang menarik perhatian adalah:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka (Bani Isra'il) beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami (al-Sajdah  [32:24]).

Ketika menghuraikan ayat tersebut, Imam Ibn Kathir menyebut:

قال بعض العلماء بالصبر واليقين تنال الإمامة في الدين

Berkata sebahagian ulama: Dengan KESABARAN dan KEYAKINAN  (seseorang ulama) akan mencapai KEPIMPINAN DALAM AGAMA (Tafsir Ibn Kathir).

Sosok seperti Imam al-Syafie, 'Izz al-Din Abdul Salam, Syeikh al-Qaradawi, Hamka, TG Nik Aziz dihormati dengan title ULAMA UMMAH dan mencapai KEPIMPINAN dalam agama kerana mereka memiliki 2 ciri tersebut...SABAR MENDALAMI AGAMA, MENYEBARKANNYA DAN YAQIN SEPENUHNYA DENGAN KEBENARAN ISLAM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...