Thursday, February 5, 2015

MANUSIA BIJAKSANA MENURUT AL-QURAN

MANUSIA BIJAKSANA MENURUT AL-QURAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

- Bijaksana bukan sekadar cerdik tetapi keupayaan akal melihat kebenaran menembus ke akhirat, menyampaikan mesej secara berkesan dan mempengaruhi manusia untuk berubah. Rasulullah SAW adalah manusia paling bijaksana dalam segala geraknya. Kebijaksanaan baginda tidak lain, bersumber dari al-Quran. Firman Allah:

كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آَيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Ertinya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, UNTUK MEREKA MEMAHAMI DENGAN TELITI KANDUNGAN AYAT-AYATNYA, DAN UNTUK ORANG-ORANG YANG BERAKAL SEMPURNA BERINGAT MENGAMBIL IKTIBAR (Sad[38:29]).

- Insya Allah saya akan berkongsi perihal “BIJAKSANA MENURUT AL-QURAN” dalam kuliah bulanan Tadabbur al-Quran.

WAKTU: SELEPAS MAGHRIB

TEMPAT: MASJID MASJID IBN SINA, TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR

TARIKH: 5 FEBRUARI 2015 @ KHAMIS.

- Antara isinya:

1) Bagaimana Mencapai Kebijaksanaan Sebenar?

2) Apakah Sumber Kebijaksanaan Sebenar

BEBERAPA BENTUK BIJAKSANA MENURUT AL-QURAN;

3) Bijak menyimpan bekal selepas mati;

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ

Si cerdik (bijaksana) adalah orang yang menjaga (mengawal) diri (dari melanggar arahan Allah) dan bersedia untuk kehidupan selepas mati. Si lemah (bodoh) adalah orang yang mengikut nafsunya dan berangan-angan agar Allah (mengampunkannya) (Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah).

4) Bijaksana Dengan Meneladani Sejarah Lampau

5) Bijaksana Dengan Mengkaji Alam

6) Bijaksana Menolak “Kotor yang Lumayan;”

قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya (al-Ma’idah[5:100]).

7)  Bijaksana dengan sikap Selektif;

وَالَّذِينَ اجْتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَنْ يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَى اللَّهِ لَهُمُ الْبُشْرَى فَبَشِّرْ عِبَادِ (17) الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ (18)

Ertinya: Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu - Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna (al-Zumar[39:17-18])

8) Bijaksana Dengan Akhlak Mulia;

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ (34) وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ (35)

Ertinya: Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat (Fussilat[41:34]).

9) Beberapa Kisah Manusia Bijaksana dalam al-Quran, Nabi Ibrahim, Musa, Sulayman, Luqman dan "PEMUDA AJAIB DALAM KISAH ASHAB AL-UKHDUD (Surah al-Buruj)".

10) Kebijaksanaan para ulama dengan legasi ilmu mereka.

Dan beberapa isu lain berkaitan dengan KEBIJAKSANAAN…Insya Allah jumpa di sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...