Tuesday, August 19, 2014

BAU ROKOK YANG MENUTUP MATA HATI..


BAU ROKOK YANG MENUTUP MATA HATI...
Usai solat maghrib di Surau tadi saya dihampiri seorang lelaki India yang berkopiah. Perkara pertama yang saya dapati darinya adalah BAU ROKOK dari nafasnya. Lelaki itu lantas memberitahu dia adalah Mua'alaf dan memerlukan bantuan untuk membeli beras untuk keluarganya. Saya minta dia bertemu BIlal Surau.
Astaghfirullah....Ternyata iman dan hati saya masih lemah kerana tak mampu berniat untuk bersedekah padanya hanya kerana BAU ROKOK tersebut. BAU ROKOK yang dianggarkan berharga RM 12 sekotak rasanya setanding dengan sedikit harga beras untuk keluarga yang kelaparan.
Adakah saya sudah ditakutkan syaitan sebagaimana firman Allah ini?
الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Ertinya: Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya (al-Baqarah[2:268]).
Ketika mengulas ayat ini Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلشَّيْطَانِ لَمَّةً بِابْنِ آدَمَ وَلِلْمَلَكِ لَمَّةً فَأَمَّا لَمَّةُ الشَّيْطَانِ فَإِيعَادٌ بِالشَّرِّ وَتَكْذِيبٌ بِالْحَقِّ وَأَمَّا لَمَّةُ الْمَلَكِ فَإِيعَادٌ بِالْخَيْرِ وَتَصْدِيقٌ بِالْحَقِّ فَمَنْ وَجَدَ ذَلِكَ فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ وَمَنْ وَجَدَ الْأُخْرَى فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ertinya: Sesungguhnya terdapat bisikan syaitan dan malaikat pada hati anak Adam. Adapun bisikan syaitan adalah sesuatu yang mendorong untuk melakukan kejahatan dan mendustai kebenaran, manakala bisikan malaikat pula adalah dorongan untuk melakukan kebaikan dan membenarkan kebenaran. Sesiapa yang mendapatinya (bisikan malaikat), maka ketahuilah bahawa ia berasal dari Allah dan hendaklah dia segera memuji Allah. Sesiapa yang mendapati yang sebaliknya (bisikan syaitan) maka hendak segera memohon perlindungan dengan Allah daripada gangguan syaitan yang direjam (Sunan al-Tirmidhi).
MEMANG IMAN SAYA BELUM SEMPURNA KERANA TERLALU BERKIRA UNTUK MENGHULUR BANTUAN PADANYA ATAU MUNGKIN HATI SAYA TIDAK DIGERAKKAN OLEH MALAIKAT UNTUK BERSEDEKAH KERANA KUATNYA BAU ROKOK DARI NAFASNYA.....
Moral: Jangan merokok sebelum Solat atau sebelum meminta bantuan..ia boleh mengganggu minda.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...