Wednesday, August 13, 2014

ANAK TEGUR AYAH? NO PROBLEM...BELAJAR DARI SEMUA SUDUT..

ANAK TEGUR AYAH? NO PROBLEM...BELAJAR DARI SEMUA SUDUT..

"Apa pandangan Mujtaba dengan bacaan Walid dalam solat tadi?"

"Kita rasa sebutan HA Walid kurang pedas..kena lebih keluar angin lagi. Sebab ustaz kita sebut huruf HA kena jelas anginnya."

"Oh! Ye ke?" Barangkali mic surau tadi kurang tangkap ANGIN HA Walid kot."

Itu adalah dialog antara saya dengan anak sulung saya (14 tahun) selepas solat Isyak di surau berdekatan rumah kami.

Dalam satu peristiwa, selepas beberapa bulan belajar di Ma'ahad Tahfiz Integrasi Selangor, Bagan Terap, Mujtaba mengambil al-Quran dan "MENEBUK" saya secara rawak dari al-Quran. Seakan beliau ingin menguji adakah Walidnya ini MASIH AL-HAFIZ atau sudah menjadi AL-HABISS (lupa al-Quran yang pernah dihafaz). Alhamdulillah, saya mampu menjawab soalan-soalannya.

Setelah peristiwa TEBUK SURAH itu, saya menjadi semakin RAJIN membuat ulangan terhadap al-Quran yang dihafaz. Saya katakan kepada isteri...ANAK-ANAK ADALAH RAHMAT kerana MEREKA MENGINGATKAN KITA TENTANG TANGGUNGJAWAB SERTA KELEMAHAN KITA.

Bukan sahaja, Ahmad Mujtaba, dua adik perempuannya biasa menegur kesilapan saya..Alhamdulillah atas kepekaan mereka.

Sebagai ibu bapa, kita harus terbuka menerima teguran anak-anak kerana teguran yang diluahkan melambangkan perkembangan minda mereka yang pesat. Mereka mampu menganalisis isu lalu membentangkannya kepada kita. Hormati serta bimbinglah pandangan mereka dengan penuh kasih sayang dan hemah. Jika mereka agak ekstrem atau agresif dalam kritikan atau soalan, lentur dan lembutkanlah kerana mereka seumpama anak yang baru belajar mendaki.

Orang yang mendaki hanya nampak puncak pendakian yang mahu ditakluki tanpa mempedulikan tempat mereka berpaut. Boleh jadi pautan mereka adalah dahan yang rapuh atau akar yang berduri. Jangan dibunuh atau dihalang semangat mendaki mereka, sebaliknya bimbinglah agar mereka mengikut laluan pendakian yang selamat.

Syukurilah sikap kritis mereka dengan bimbingan bukan membunuhnya dengan kata: DIAM…DAN JANGAN BIADAB! Pembunuhan semangat di usia kanak-kanak akan meninggalkan trauma kritis untuk jangka masa panjang, lalu lahirlah anak-anak yang tidak tahu tetapi malu dan takut bertanya. Alangkah ruginya jika ini generasi yang kita tinggalkan untuk masa hadapan!

Harapan kita semua sebagai ibu bapa...Smoga bersama dengan anak2 dalam syurga:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur [52:21]).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...