Friday, June 20, 2014

RASULULLAH SAW LEBIH MULIA....PANGGILANNYA SENTIASA BERPANGKAT. .

RASULULLAH SAW LEBIH MULIA....PANGGILANNYA SENTIASA BERPANGKAT. .
Para Rasul semuanya mulia. Mereka ini tiada taranya jika nak dibanding dengan manusia biasa, namun begitu Allah menetapkan tahap antara para rasul juga berbeza;
تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۘ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ ۖ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ ۚ
Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan (al-Baqarah [2:253]).
Rasulullah SAW adalah manusia dan rasul paling mulia. Kemuliaan baginda terserlah dalam banyak sudut. Antaranya:
Allah TIDAK MENGGUNAKAN nama baginda (Muhammad) ketika memanggil baginda dalam al-Quran. Allah hanya memanggilnya dgn jawatan kemuliaan seperti WAHAI RASUL. ..WAHAI NABI..
Kita juga suka dan rasa dimuliakan jika orang memanggil kita dgn panggilan TUAN HAJI....ENCIK...DATO'...DATIN...TAN SRI...USTAZ. .TUAN GURU dan sebagainya.
Sedangkan sesetengah rasul lain, kadang2 Allah panggil dengan nama mereka. Wahai Nuh!
قِيلَ يَا نُوحُ اهْبِطْ بِسَلَامٍ مِنَّا وَبَرَكَاتٍ عَلَيْكَ وَعَلَىٰ أُمَمٍ مِمَّنْ مَعَكَ ۚ وَأُمَمٌ سَنُمَتِّعُهُمْ ثُمَّ يَمَسُّهُمْ مِنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya" (Hud [11:48]).
Allah juga memanggil dengan nama baginda, Wahai Ibrahim:
يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۖ إِنَّهُ قَدْ جَاءَ أَمْرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ
(Malaikat-malaikat itu berkata): "Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka), dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan)" (Hud [12:76]).
Juga seruNya:
وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ
Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!
قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
"Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan (al-Saffat [37:104-105]).
Allah juga memanggil Musa AS dengan namanya:
قَالَ يَا مُوسَىٰ إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالَاتِي وَبِكَلَامِي فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ
Allah berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusanKu (Kitab Taurat) dan dengan KalamKu; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur" (al-A'raf [7:144]).
Bukan bermaksud mengurangkan kemuliaan para rasul lain, tapi ia sekadar bicara mengutamakan baginda Rasulullah SAW.
Beruntung sungguh diri ini kerana dilahirkan sebagai umat Muhammad SAW. Maka buktikan keberuntungan itu dengan mengikuti segala ajaran baginda, lalu barulah padan umat yang taat dengan kemuliaan Rasulnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...